Sunday, December 8, 2013

ujian bertimpa-timpa,rahmat atau ujian

Ya Allah,
tak dapat di describe kan perasaan bila mak cakap visa umrah x settle lagi
bila tarikh sepatutnya pergi adalah semalam,
speechless..

Beberapa hari sebelum 'bertolak',seorang kawan ada beritahu,
nak pergi umrah ni,banyak pulak dugaan yang terpaksa aku tempuhi,
terkesima sekejap,
bila di fikirkan kembali,betul.

Ya Allah permudah kan segalanya,
aku ingin beribadat di hadapan kaabah Mu Ya Allah.

Sunday, June 23, 2013

haze vs smoker vs vehicles

Bismillahirrahmanirrahim..

Topik yang paling hot sekarang ni adalah jerebu,
bukak akaun twitter ke facebook ke semua orang cerita pasal jerebu,
kawasan paling teruk terjejas setakat ni adalah johor dan melaka.
Ingatkan KL dengan PJ x akan kena,tengok2 semalam dekat area kondo millenium square tu dah kabur dengan jerebu,tapi petang tu pergi masjid jamek x ada pulak,maybe petang dah x nampak sangat.

Pagi tadi bangun,area bukit jalil pon dah jerebu,berkabus,macam cameron/genting highland pun ada jugak tapi yang ni kabus yang x sejuk heee..
Stadium bukit jalil pon dah x nampak sangat pagi tadi,final piala FA sabtu ni macam mana lah ye,
penyokong kelantan dengan JDT kena pakai mask la masuk stadium x pon cover hidung dengan mulut pakai mafla hehe..

So,dalam keadaan yang berjerebu ni,di nasihatkan supaya duduk je kat rumah,minum air masak yang banyak, kurangkan aktiviti sukan di luar rumah and kalau terpaksa keluar jugak pakai penutup hidung (mask)




Latest Info:
-bacaan IPU di Seremban mencatatkan 104, Port Dickson (186) dan di Nilai (101).

-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.-sumber:kosmo

P/S: esok kalau pj pun isytihar darurat,x yah lah pergi kerja,OT tutup,case semua postpone :D


Sunday, February 17, 2013

Gaji pertama

Alhamdulillah,
sempena tahun baru aku pun dah melangkah ke satu lagi fasa baru dalam kehidupan,
alam pekerjaan,
so far,aku still x rasa yang aku dah kerja still rasa macam study and posting,
mulut je cakap dah kerja,dah kerja tapi mind set still x ubah lagi,
responsibility semakin berat sebab sekarang dah officially staff bukan student lagi,

So bila dah berkerja mestilah ada gaji,
most of gaji pertama aku,aku belanja kawan-kawan yang selalu ada time jatuh bangun aku masa student
and x lupa,family aku.
rasa akward bila dah ada duit sendiri and nak belanja family makan,
alah dinner je pun,tu pun first-first ayah yang bayar,
hahahaha...sebab cash kat dalam purse ada 60$ je,

Dah start ada duit sendiri so kena pandai-pandai saving,
yang paling akward bila kita dah ada duit tapi kita x bagi parents duit tu,
alah kan selalu kita tengok parents kita setiap kali balik kampung bagi duit kat tok dengan wan,
but this thing doesnt apply to me,
as early,mak dah cakap tak payah bagi duit kat mak sebab gaji mak pun 4-5 kali ganda gaji kita,
ok mak,x lawak ye,

*Nak pergi KLCC makan mee bandung johor*

Friday, December 7, 2012

this year I'm 22

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama ALLAH yang pemurah lagi mengasihani,
Alhamdulillah genap 22 tahun menumpang di bumi mu Ya ALLAH,
Dikurniakan keluarga yang penyayang,
Rakan-rakan yang sentiasa bersama susah dan senang,
Semoga dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat,,AMIN...


Pq dan Paty terima kasih tak berbelah bahagi for the suprise,
Sanggup tunggu berejam depan kolej semata-mata tunggu aku balik dari kerja,
korang lah kawan terbaik kat dunia ni,*hugs*
Thanx jugak dekat Ek,pukul 1 pagi call wish birthday,(nasib baik birthday kalau x dah kena maki),
To Emak,thanx tak lupa wish tiap-tiap tahun,and for the present : D
To abang,bila nak belanja william??
Wish tahun ni semoga menjadi manusia yang lebih berguna,anak yang lebih solehah :')

Tuesday, September 11, 2012

Randomness

Pernah tak ada perasaan sunyi bila tak ada someone untuk berborak bila bangun tidur, bila makan, bila menghadap laptop?

Yes, aku ada perasaan tersebut petang tadi sebab harini aku off day, so aku tak payah pergi kerja waktu orang sepatutnya pergi kerja and tak ada orang dekat bilik and aku sunyi,yes SUNYI.

Selalunya bila aku sorang-sorang dekat bilik, menghadap laptop adalah rutin aku sebab sekarang tidur bukanlah benda utama yang aku buat bila bosan.

On laptop, first thing first aku akan bukak facebook and twitter, tapi siapa menang? Of kos la twitter, aku boleh biar twitter tu on selama laptop aku on, tapi facebook tak, sejak dua menjak ni aku cepat naik bosan dengan facebook, perkataan yang kerap keluar dari mulut aku bila baca status dekat facebook adalah "fake".

Then disebabkan harini adalah hari selasa, so semua orang pergi kerja, posting and lectures and facebook and twitter akan remain the same post dari pukul 2 sampai lah 5 petang. Agaknya yang update2 status tu pun macam aku, cuti. So, aku pun geledah lah file movie dan belek2 movie yang nak di pasang untuk menghilangkan bosan, tak sampai 20 minit aku dah tutup balik, itulah salah satu kelemahan aku, aku tak suka tengok movie sorang2 unless movie tu movie kelakar. Kalau movie sedih, cintan-cintun, seram tak sampai 20-30 minit aku dah tutup.

Aku jeling jam, 3.45 petang and roomate aku yang kerja pagi tak balik2 lagi maybe ward busy sebab sekarang dia on management posting. Aku tunggu lagi sampai 4.20 baru dia balik.

Macam biasa lah aku akan tanya kenapa balik lewat walhal aku dah tau kenapa,mesti busy buat admission and siapkan report. Start je roomate aku bukak mulut jawab soalan aku dia tak henti-henti bercakap cerita kenapa balik lambat, tadi dekat ward buat apa, staf **** macam **** sebab marah2 dia suruh dia siapkan itu,ini, then sambung lagi pasal staff **** yang tak nak supervise dia serve medication and bla..bla..bla.

Tiba-tiba aku decide nak tidur haha, jahat roomate macam aku ni. Roomate aku senyap bila aku tak respon setiap perkataan yang dia cakap. And both of us tidur.

Bangun dari tidur baru aku teringat aku tak solat asar lagi so aku cepat2 solat and terus solat maghrib. Bilik sunyi sebab roomate aku tidur. *krik,krik* (bunyi cengkerik sebab sunyi sangat).

Tiba-tiba roomate aku bangun and sambung bla,bla,bla pasal jagung, lampu toilet, and macam-macam lagi. Tiba-tiba aku rasa nak sambung tidur balik hahaha...

Aku rasa dia kena bercakap dengan talking tom cats and tengok how it feels bila ada benda non-stop talking dekat kau. Mesti tak sampai 10 minit dia dah senyap hahahaha.


Bak kata abang sedara aku, kecik-kecik dulu aku pun mulut murai . Agaknya ini hukum karma bagi aku.WHAT???

Saturday, July 28, 2012

untuk kamu sahabat

3 tahun, pejam celik pejam celik dah habis 3 tahun...
kepada sahabat, terima kasih sebab ada masa aku susah, senang, jatuh bangun aku kat kolej ni, hang sudi dengar masalah aku, cerita-cerita yang aku habaq kat hang,

sorry aku tak datang jumpa hang masa hang dah nak balik kedah haritu, aku tau yang aku akan nangis and aku tak nak tengok hang nangis masa hari last hang kat sini,,


ni masa birthday sab 2 tahun lepas 

P/S: ALLAH saja yang tau berapa banyak aku sayang kat hang,of kos lah tak boleh lawan sayang parents hang hehe..XOXO

Sunday, June 17, 2012

redang is a no,no,no

assalamualaikum..

see the picture below,amaze enough huh?

taken from mr.google :)

tak semua yang dirancang akan berakhir dengan apa yang dirancang. Sometimes benda yang dirancang end up jadi benda yang tak dirancang. Okey stop dengan rancang2,aku pening sudah.

Rancangan ke redang minggu ni terpaksa di kensel last minute kerana cuti yang tidak diluluskan..:(

Finally masing2 terpaksa sedapkan hati,"alah takpe,journal dengan procedure pun x siap lagi,ok lah tu"

Masih figure out plan B,any suggestion for vacation yang dekat2 selangor/KL?

P/S: manusia merancang ALLAH menentukan,,