Wednesday, November 30, 2011

selamat datang 21

ganti kek birthday....donut birthday



alhamdulillah 21 sudah,
walaupun tak terkesan sangat dengan nombor 21 tu,tapi terasa semakin dewasa ecewah..
mana tak nya,balik nanti mesti ayah suruh daftar mengundi,
haisyeh..yang best nya ayah suruh pakai IC sekarang yang masih mengekalkan alamat di kuantan.
takpe,alang-alang nak mak mertua orang kuantan,kenalah mengundi kat sana,hehe..



Saturday, November 26, 2011

Alhamdulillah..

to:mak dan ayah

kakak tak mampu buat mak ayah happy dengan achievement kakak dekat ward,tapi ni je yang kakak mampu bagi,



yang B+ tu setengah markah lagi nak A,tapi x ada rezeki..


P/S:alhamdulillah sykur pada ALLAH,exam kali ni antara yang tough,motivasi untuk diri sendiri juga untuk try harder next semester,thanx to all friends yang banyak support secara langsung dan tidak langsung..

Friday, November 18, 2011

#this is so true..log book berpuaka

Harini aku off day selepas berhempas pulas buat night shift selama 4 hari,bagi aku 4 hari pon dah kira lama.Lama yang amat sangat kalau kau kena kerja night shift.buat night shift bermaksud kau x ada life sangat.Malam pergi kerja,pagi kau balik kau kena replace balik tidur kau yang dah terkorban akibat kau berjaga 12 jam menjaga popo,ah-kong,kakak,adik dan seterunya lah.Bangun hanyalah untuk solat dan makan biskut sekeping dua dan sambung tidur balik.Totally x ada life.

Apa yang aku nak cerita bukanlah life aku masa buat night shift,tapi adalah ceritera tentang log book.Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal log book,walhal benda alah tersebut selalu saja dipinggirkan even waktu on-block(dalam kelas) or waktu posting. Log book ni adalah sejenis buku kecil(x kecik mana lah) yang memuatkan semua prosedur yang perlu aku capai sepanjang 3 tahun pengajian aku di kolej ni.

buku ni lagi penting dari IC aku,apatah lagi lesen memandu.Kalau buku ni disappear dari aku,mahupun warga kolej aku memang kau akan meroyan.Yes,meroyan yang naik gila tu...that's how important it is the log book to me and those who have it.

ini bukanlah imej sebenar log book berpuaka tersebut

Nak menambahkan epik dan rencah rasa dalam cerita ni,aku tokok tambah sikit la hehe..log book ni je penuh dengan air mata,darah,pengorbanan,pergaduhan,permusuhan dan lain-lain lagi.
Ini bukan cerita dongeng,tanya lah siapa-siapa yang kos nya memerlukan sekaping log book berpuaka ni. Hidup kau memang miserable,tambah lagi bila tutor set time apa yang perlu kau achieve.

sebab log book je kau boleh bermusuhan dengan group girl ko sendiri.bermulalah cakap-cakap belakang,umpatan,hina dan caci-maki bila si pelaku berebut procedure di ward.Aku? aku jenis chill and relax,kalau ada procedure aku bukanlah orang pertama ke depan,teheee...tapi kalau dah semua pun x berani buat selalu nya aku lah yang kena tolak ke depan.

Tak cukup seram dan tragis lagi?Sebab log book ramai yang menumpahkan air mata (sengaja ataupun tak)..
jatuh dan bangun kau di kolej pasti akan ada kisah log book di sebaliknya.Aku stay strong,kawan-kawan aku pun bukan sebab apa,mengenangkan family,sponsor kau dan yang paling utama kat sini adalah kawan-kawan.Dia orang lah yang akan bagi support kat kau tiap kali kau jatuh,bukan jatuh biasa,maksud aku jatuh terduduk yang kau sendiri tak mampu nak bangun tanpa bantuan.

Yes,aku admit aku still stay strong sebab mak n ayah n kawan-kawan aku yang aku dah anggap lebih dari kakak/adik aku sendiri.Tanpa dia orang log book aku x akan semegah ni(x megah mana lah)..banyak yang perlu aku achieve..terlalu banyak.Thanx for the support friends especially sponsormate aku,ayuni,tempat bertumbuk bergosip,ainor,dan orang yang paling setia time aku susah n orang yang selalu kena sakat dengan aku jidah..

P/S:aku emosional pasal log book sekejap sebab teringat dead line adalah minggu depan and aku x dapat balik rumah sebab mak meeting di sabah,walhal aku off 3 hari,,pfffttttttt