Thursday, September 29, 2011

O for orkid

last 2 week aku ada pergi tengok wayang dengan ainor. Last minute plan lepas habis sambutan 50th anniversary dekat kolej ainor ajak keluar tengok wayang dekat klcc. Selalu memang pergi klcc je kalau nak tengok wayang. kalau orang tanya kenapa pergi klcc?kenapa bukan midvalley,sunway,OU,the curve. Jawab aku simple je, "itu je yang aku mampu".

haha,bagi orang yang tak tau,perjalanan ke klcc dari kolej aku adalah antara yang paling jimat kos. So, jawapan itu je yang aku mampu adalah amat relevan sekali,bukan sekali bahkan berkali-kali relevan nya. sampai je kat klcc macam biasa lah sabtu,kena lah beratur lain lah pergi hari orang bekerja(aku memang suka keluar pada hari orang bekerja,tak sesak)..ainor suruh aku decide nak tengok cerita apa,terkejut monyet aku(terkejut monyet lebih sopan dari terkejut beruk ye adik-adik) sebab selalunya dia yang akan decide nak tengok cerita apa.

mungkin akibat terlalu kenyang makan tengahari di kolej sampaikan ainor naik blur cerita apa nak di tonton harini. Aku memang tak suka bab-bab decide ni, sebab aku tak suka bila aku dah decide then last-last cerita tu tak best, orang akan kondem aku,,(peristiwa ini pernah terjadi masa aku decide untuk tengok nur kasih the movie,kawan aku memang tak tengok cerita melayu,muka macam tak puas hati sebab ada adegan yang tak berapa best atau senang cakap tak masuk akal)..

Dalam keterpaksaan sebab cashier tu pun muka dah tak sabar-sabar suruh kitorang decide so aku pun pilih untuk tengok colombiana. sebab apa aku pilih tengok cerita ni? sebab kawan aku cakap cerita ni best,even aku ada joint dia tengok trailer cerita ni sebelum keluar tadi. cuma yang buat aku berat hati tu ialah aku tak pernah dengar nama pelakon dia,Zoe Saldana..huh? siapa?

colombiana ni cerita action killer,kepada sesiapa yang bercita-cita mahu menjadi pembunuh yang pandai dan berjaya sila tonton cerita ini yeahhh.. cataleya ni merukan seorang anak kepada fabio yang pernah bekerja dengan Don louis seorang pengedar dadah. dipendekkan cerita, fabio dan isteri nya telah di bunuh oleh orang kanan Don louis depan mata cataleya sendiri. sebelum fabio mati dia telah bagi cataleya satu cip yang Don louis ni nak sangat-sangat,cip tu adalah pasport bagi cataleya untuk masuk ke amerika sekiranya berlaku apa-apa kepada fabio dan isterinya.

cataleya telah guna cip tu untuk masuk amerika dan dia pergi cari pakcik dia untuk minta perlindungan. tapi dalam masa yang sama cataleya telah menyimpan dendam terhadap Don louis dan dia berhasrat untuk bunuh Don louis masa dia besar nanti. cataleya telah membesar sebagai seorang pembunuh yang licik dan bijak,setipa pembunuhan yang dia lakukan akan ditinggalkan kesan pada badan pembunuh iaitu gambar orkid(cataleya).

rancangannya hanyalah untuk menarik perhatian Don louis tapi dalam masa yang sama dia telah kehilangan pakcik dan emak kepada pakcik dia yang telah di anggap seperti  emak sendiri. cataleya menggunakan kuasa seorang CIA yang telah di ugut untuk menjejaki Don louis. Pengakhiran cerita yang hidup hanyalah cataleya dan boyfriend nya sahaja. Macam mana cataleya yang licik boleh jatuh kantoi di tangan CIA? dan siapa pulak boyfriend cataleya ni?

apa kata korang pergi tonton sendiri. aku tak rasa kat panggung ada lagi atau tak cerita ni. tapi kalau masih ada korang kena pergi tengok sebab bagi aku tak rugi untuk belanja sikit tengok cerita macam ni.lain lah belanja untuk tengok cerita hantu bonceng motosikal(bagi aku sangat mengarut walaupun aku minat pelakon dia,maybe sebab aku tengok sorang-sorang so tak best sangat kot)...

P/S:zoe saldana ni HOT~~aku akan tengok lagi movie-movie dia berlakon lepas ni.

Saturday, September 24, 2011

dari anak ayah yang tak nakal lagi

"ayah,janji tak nakal dan buat ayah susah hati dah,janji"




dah la,dah habis :P

Saturday, September 10, 2011

perogol vs penyimbah asid

tiada post raya buat kali ini,rasanya....

tapi ada cerita tentang atok,,

raya ke-3 kami sekeluarga pulang ke rumah atok di negeri sembilan setelah 4 hari berkampung di rumah opah dan tok wan di taiping,di sebabkan kami selalu berkunjung ke rumah atok pada hujung minggu dan adik ada banyaaaaaaaaakkk homework nak di siapkan(main game je lebih : P ) so mak cakap kita stay rumah atok sehari je esok balik rumah,tapi saya decide untuk tinggal sampai esok kat rumah atok,

saja,bukan x nak balik rumah,tapi nak teman atok dengan wan lebih 1 hari je...cucu misali hehe..*cough2*
ehem,atok,wan duit raya lebih ye :)

malam tu lepas semua family dah balik rumah,atok panggil dekat meja dia,kecik2 dulu selalulah bertenggek kat meja atok 2,dengar cerita masa atok jadi polis dulu2,tengok gambar lama-lama,tengok duit lama sebelum zaman jepun dulu,atok ajar tertib potong kuku,bukan pendek je kata panjang kata macam2 lah...dulu...kecik2 dulu,,

sekarang?lalu je meja atok 2,x ada dah bertenggek2 nye,,back to the above 1st sentence,atok panggil,atok cakap dia nak ajar doa keluar rumah dan segala macam doa,,eh ok jugak,tapi atok janji esok pagi so esok pagi lah..sebab sekarang nak tengok tv hehe,tengok,tengok betapa kuatnya pengaruh tv masa2 raya ni padahal cerita2 yang dorang tayang dah khatam berkali-kali,nak jugak tengok lagi...patutlah duit raya kurang tahun ni (eh,ada kene mengena ke,,hehe)

esok nya atok pun ajar doa keluar rumah,

atok: mira tau tak camno doa keluar rumah?
saya: tau tok,
atok: baco sikit atok nak dongar
saya: aaaa,,,x hafal lah atok (dalam hati,selalu keluar baca bismillah je,kantoi,kantoi)
atok: apo lah,doa ni kito kono hapal,tengok sekarang macam2 ado,culik,simbah asid ado,doa ni buek pelindung kito dari bondo-bondo ni
saya: ok,ok
atok: ha meh sini atok aja

lalu atok pon ajar lah doa keluar rumah,ada 3,rasanya semua orang pun tau,,tadi pergi konikuniya jumpa buku tentang musafir,ada doa yang atok ajar tu,harap2 lepas ni dapat lah amalkan walaupun x berapa hafal lagi,sebab selalu sebelum keluar,masa solat dah siap2 mintak doa di permudahkan perjalanan pergi dan balik so selalu keluar rumah memang x baca doa...

ada lagi yang atok ajar,tapi nanti atok tuliskan dalam buku,,terima kasih atok

nak duit raya?