Sunday, October 30, 2011

brittle teeth and dentist

to be exact ada misi tersembunyi masa balik rumah 2 hari lepas....for seeking dentist treatment,kenapa x jumpa dentist dekat PJ je?

jangan nak buat lawak,hari tu teman kawan aku extract gigi dia pun dah seratus lebih,kalau kat klinik swasta k.pilah baru 20$..beza x beza,yelah kalau dah student buat lah cara student,elaun x sebarapa kalau dah tolak jumpa dentist tengah bulan makan biskut marie cicah kopi O lah jawabnya...

so,disebabkan mak amatlah mementingkan kesihatan anak-anak dia x kira kesihatan tubuh badan mahupun gigi (nama pun mak),so mak lah tempat pertama aku cakap gigi aku pecah,makan nasi haritu pecah dah,ni makan mamee monster tu pun pecah,,,rapuh habis gigi aku macam gigi orang tua.

kawan aku cakap aku x cukup calcium,,yang aku minum tiap-tiap hari tu apa?bukan calcium ke namanya,,haish,,mungkin juga dah time untuk gigi aku di service,sebab tu dia boikot pecah secara berjemaah.Pandai sesangat,tahu-tahu je aku akan terus jumpa dentist..gigi siapa lah ni~~

so disebabkan ada dua kawasan gigi yang dah boikot untuk pecah secara berjemaah,so  secara x langsung aku kena tampal dua tempat lah,padahal yang satu tu dentist dah letak dressing,dressing ni tahan 2-3 bulan je bak kata dentist,tapi ianya bertahan selama 5 bulan wohoo...tapi last-last pecah jugak,haisyyy



apa macam?berbaloi x?kat pilah je ada ni


 so tahun ni je aku dah jumpa dentist 3 kali..3 kali bagi seorang yang normal macam aku tanpa pakai braces.yelah kalau sesiapa pakai braces tiap-tiap bulan kena jumpa dentist,kalau dah tiap-tiap bulan,setahun mau tak 12 kali..

tapi satu je aku tak berkenan dengan dentist ni,sebab dia examine gigi aku tanpa pakai gloves..TANPA GLOVES....tapi dia buat fillling x sampai 10 minit untuk kedua-dua gigi aku,clap3....(tepuk sambil berdiri hormat) tanpa rasa sakit..yes aku akui takut nak tampal gigi sebab selalu dentist tampal plus rasa sakit siap ada ngilu lagi..memang ngeri~~

siap ada efek matahari menyinar menggambarkan aku datng time matahari malu-malu lagi nak keluar


 next time nak buat scaling pulak,,Dr.Cheng saya dah promote klinik doktor,next treatment free okeh?

P/S:baru aku sedar ALLAH pinjam kan gigi ni sekejap je untuk aku,so aku kena jaga baik-baik(sambil kunyah chewing gum)..

Thursday, October 20, 2011

yang pergi takkan kembali

Eceh tajuk macam baru lepas putus cinta sambil nyanyi lagu jiwang..

2,3 hari lepas aku ada encounter 1 kematian dekat ICU,sebelum-sebelum ni pun pernah and patient yang sebelum ni muda lagi baru 47 mati heart attack.Pap...terkesima aku,aku pun kadang-kadang ada simptom-simptom heart attack,paling x boleh lupa,otw balik PJ dari K.Pilah,that was the worst one,30 minit baru relieve.

Eh,aku bukan nak cerita pasai heart attack aku nak story pasai kematian.Yang pasti kematian itu pasti dan memang akan berlaku kepada setiap insan yang hidup kat dunia ni.1st kematian yang aku encounter tu memang buat aku rasa macam baru lepas kena tampar..the man was only 47 years old and yet he's dead.Kematian tak mengira umur,jantina,pangkat,harta,etc..

kau x boleh nak cakap pada malaikat maut macam ni "eh aku muda lagi,banyak lagi nak enjoy,nanti aku tua sikit dah banyak amal sikit ko tarik nyawa aku ok"...gila?

masa tengok mayat tu,satu benda je yang aku fikir,sama dengan umur ayah...aku nangis,ye aku menangis,menangis dalam hati je..hehe,nangis depan staf nanti pelik pulak staff tu.Aku teringat ayah,bila kali terakhir aku call ayah?aku pun x ingat,tapi aku akan call seminggu sekali or 2 kali.Tu jugak lah antara sebab nya aku akan kerap curi masa untuk balik rumah bila ada cuti even 1 hari.Kadang-kadang x sampai 24 jam dah kena balik PJ.

Aku x tau macam mana nak react bila encounter kematian 1 hari nanti.maksud aku orang yang terdekat (family or kawan2).Aku tak pernah kehilangan orang yang aku sayang sejak aku hidup 21 tahun ni.kalau orang yang tinggalkan aku tu ada lah..reaction aku?aku tidur tanpa bangun-bangun.....muahaha childish
Tapi aku tau dan aku pasti waktu tu kan sampai jugak,kalau tak pun aku x akan encounter perasaan tu kalau Allah tarik nyawa aku dulu sebelum orang-orang yang aku sayang.Wallahualam...

Tapi aku pernah jugak mintak pada Allah supaya tarik nyawa aku dulu sebelum nyawa orang yang aku sayang especially mak dengan ayah.Aku memang tabik pada kawan-kawan yang dah kehilangan mak/ayah diorang and aku tengok diorang memang kuat. kuat and tabah...

P/S:aku nak pergi mekah dulu sebelum mati..adakah aku juga sedang deal dengan malaikat maut???

Wednesday, October 12, 2011

tears and cupcake on mak's birthday

Last 3 days adalah birthday emak.Berhempas pulas fikir apa yang patut aku bagi sempena birthday emak tahun ni.Asyik bagi kek je tiap tahun,tahun ni konon nak buat lain sikit,lain dari yang lain.Memandangkan aku tak pernah cuba buat kek sendiri dekat rumah,so konon kali ni nak buat untuk mak,special untuk mak.Aku memang tak pandai sangat bab masak-masak ni,kalau dengan abang pun boleh kalah kot,yelah abang lah yang start ajar aku masak masa kecik-kecik dulu.

Pergi MPH konon nak carikan mak buku sebagai hadiah,last-last sendiri yang pening tak tau nak beli buku apa.Aku pegang buku masakan tapi mak suka ke?. Aku pegang pulak buku cara kreatif menanam bunga dalam pasu,aku letak jugak balik.Last sekali aku ambil buku Tuhan terimalah aku.Aku decide nak bagi mak buku tu walaupun dalam buku tu penuh cerita yang orang boleh dapat dalam majalah wanita je,kira kompilasi lah.

Buku dah jumpa,sekarang resipi cake pulak,tak kan nak mintak resepi dekat mak,tak best lah nati.Aku korek resipi dekat internet,walaupun resipi kat internet bukan semua boleh pakai.Aku ajak jidah teman beli kelengkapan cake dekat old town.Sampai kat kedai aku jumpa cupcake segera.Muahaha senang kerja aku sebab cupcake tu cuma perlu tambah telur,dan siaaaaappp....

Balik rumah aku cakap dekat adik aku yang bongsu esok kita buat cupcake untuk birthday emak. Pendek cerita esok nya aku buat lah cup cake tu. Dalam hati tak berhenti-henti doa yang moga-moga jadilah cupcake segera aku ni. kalau tak.....T__T

Bila dah siap,cupcake tu naik dan menggebu dan mengembang dan segala macam dan lah dalam oven,aku happy,happy tau tak happy....adik aku lagilah happy,e'eh sibuk,lupa pulak usaha bersama,tamak haloba
Aku start buat icing,part buat icing ni yang nak nangis,aku terlebih bubuh ayaq Ya Allah,,habis cayaq icing aku,cayaq hang tau dak???..

Bila letak atas cupcake dah jadi macam selebet,selekeh,serabai,sememeh habis...huhuhu,,
Tapi aku try jugak tulis H,A,P,Y B.U.F.D.A....Y tak ada adik aku musnahkan dengan huruf Y yang dia buat..tapi mak nampak terharu tapi mak tak tunjuk sangat.

Highlight nya,masa mak hantar aku balik kat k.pilah,mak peluk aku macam biasa lah,tapi kali ni lama sikit sambil mak cakap terima kasih buatkan cupcake tu.Aku sebak tak toleh dah lambai pon tak hahaha..

Esok nya,mak message aku dan ucap terima kasih lagi dan cakap dia terharu sangat,padahal aku rasa loser sebab ising aku tak jadi,..aku tak loser di mata emak itu yang aku tau,,ok stop sampai sini,tisu aku dah habis sekotak..


the icing should turn like those in the picture but,,it turn like this
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PICTURE NOT AVAILABLE


 P/S:I know i'm not ur best child mak,but i'll try to make u proud one day :)...tahun depan beli kek siap je,senang+mudah+pantas+tuntas