Friday, December 23, 2011

resepi bonda:kuih kasui

first time nak tulis entry pasal masak-memasak ni,
harap-harap betul lah resepi mak ni,hehe..sebab kali ni aku terlibat secara langsung untuk menjayakan resepi ni,eceh bunyi nak grand saja.
mak cakap dia nak buat sebab aku suka makan (touching sekejap)..so 1/2 dari bekas kuih kasui tu ada dalam perut aku,hehe..

Bahan A
1)gula pasir 1 cawan
2)gula merah setengah biji (biji?apa-apa lah)
3)gula perang 2-3 keratan kecil (untuk memberi warna kepada kuih)

Bahan B
1)2 cawan tepung gandum
2)3/4 cawan tepung ubi (untuk memastikan kuih berasa kenyal,suka lagi kenyal boleh tambah)
3)air masak 4 cawan
4)sedikit kapur makan (bukan kapur tulis ye)

Cara-caranya:
1)masukkan gula merah dan gula perang ke dalam bekas dan masak di atas api yang sederhana,sesudah cair masukkan gula pasir dan pastikan ianya cair dan sebati bersama gula merah dan perang tadi.
2)masukkan tepung gandum,dan tepung ubi ke dalam bekas,gaul sebati dan masukkan satu cawan air
3)setelah Bahan A cair tapis dan masukkan ke dalam bekas Bahan B (tapis amat diperlukan kerana biasanya di dalam gula merah dan perang akan mengandungi bendasing)
4)gaul sebati dan masukkan lagi 3 cawan air dan juga sedikit kapur makan
5)untuk memastikan bahan campuran B dan A adalah sempurna,blender campuran tersebut untuk menghaluskan tepung yang berketul.
6) masukkan campuran yang sudah diblender ke dalam bekas(loyang) yang sesuai
7)kukus di dalam pengukus di bawah api yang sederhana selama 30 minit
8)setelah siap dikukus sejukkan sementara dan bolehlah dipotong dan digaul bersama kelapa parut.

                                  real picture x sempat ambik,sebab ingat nak makan je hehe..

P/S:terima kasih mak :)

Sunday, December 11, 2011

bukan susah nak faham

since small my parents had tought us how important to read a book,doesn't matter what the book is all about,reading materials was the main thing that brought us up.

until now,all my brother and my books were kept nicely at home,probably one or two had lost since we had moved twice from temerloh.sincerely to say,most of the books are my brother's and my sister's because i dont read so much unless it's comics or magazine.hehe..

but for the past 2 years i had visited bookstore everytime i went out with friends,but i didnt bought comics or magazines(kembang kuncup hidung sekejap)but i had my new interest to an islamic books,which i can say more worth to buy.

the latest one that i bought was this:



ok 19$ only,go n get it now


the book  tells you in a simpler way that could be more easier to be understand,i bought this book just because i saw the summary at the back of this book that simply sound like this:

"Ustazah,kalau Allah menyuruh kita solat,macam mana pula Allah solat?"

kinda interesting huh?go n get it now haha..

P/S:one of my favourite writer Hasrizal Abdul Jamil belum produce a new book,that's why i bought this one :),and sorry for my broken budak baru nak belajar ambil buku tolong bacakan types of english,have a nice and positive sunday peeps.

Monday, December 5, 2011

song for buaya

This time I’m gonna live my life
I ain’t no stepford wife
No I ain’t perfect
Gonna find somebody who’s worth it
And no you ain’t that person
Coz i caught you constantly flirtin’
With my best friend

So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy
Why (why why why)
You always makin’ me
Cry (cry cry cry)

No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are,
Even if you were a star,
You’ve got to go
(Go go go go go go)

Read my lips I’m leavin’,
and no no I ain’t teasin’,
This time it’s for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain’t stayin’,
By the time you finish what you’re sayin’
I’ll be gone

P/S:don't flirt with u'r gf bestfren,n do not leave u'r iPad on da table when ur gf around hehe..by the way who is this joe,anyone?

Friday, December 2, 2011

kerana aku berTuhan

Semenjak aku belajar di kolej yang minoriti penduduknya adalah orang Islam,bermacam persoalan dan jawapan yang aku pernah jumpa,tentang agama aku dan agama kawan aku yang kadang-kadang tak pernah terlintas di fikiran.

yelah,dari kecil aku membesar di sekolah yang majoriti nya adalah orang Islam yakni melayu lah,tapi persepsi aku tentang agama Islam semakin berubah bila banyak persoalan dari kawan yang bukan Islam tentang agamaku.Alhamdulillah,aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam.

sebagai mana kita pernah terfikir mengapa dewa/tuhan orang hindu adalah lembu,sebegitu juga mereka mempersoalkan mengapa kita perlu solat 5 waktu..pertama kali di ajukan soalan sebegitu aku akui sedikit terkedu.

aku tergerak hati untuk menulis kerana peristiwa ni menggerakkan hati aku untuk lebih mendalami Islam..bukan sekali,bahkan berkali-kali,tapi ni yang paling latest ditanya..

Situasi 1
aku: kejap lagi I nak pergi solat sekejap ey,U ok kan,lagipun kerja dah siap
kawan: sembahyang?buat apa sembahyang?(dalam nada bergurau)
aku:................................................setelah terdiam sejenak,sebab I ada tuhan
kawan: wow(terdiam)

Situasi 2
kawan: balik ni I nak tidur the whole day sampai pukul 6.30,penat lah
aku: I pun,tapi I selalu bangun sekejap pukul 1,solat,makan sikit pastu tidur semula
kawan: sembahyang,sembahyang,sembahyang,tak payah sembahyang lah
aku: (kesabaran makin menipis)
kawan: haha...I gurau je,jangan marah,kenapa kena sembahyang 5 waktu ey?tak payah sembahyang lah
aku: syaitan ni,syuh..(aku tepuk kawan aku dengan kuat..haha,)

P/S: ilmu agama aku memang tak sebanyak alim ulama yang mampu menjawab soalan orang-orang bukan islam seperti di atas,,insyaallah ilmu harini lebiih banyak dari ilmu hari semalam :)

Wednesday, November 30, 2011

selamat datang 21

ganti kek birthday....donut birthday



alhamdulillah 21 sudah,
walaupun tak terkesan sangat dengan nombor 21 tu,tapi terasa semakin dewasa ecewah..
mana tak nya,balik nanti mesti ayah suruh daftar mengundi,
haisyeh..yang best nya ayah suruh pakai IC sekarang yang masih mengekalkan alamat di kuantan.
takpe,alang-alang nak mak mertua orang kuantan,kenalah mengundi kat sana,hehe..



Saturday, November 26, 2011

Alhamdulillah..

to:mak dan ayah

kakak tak mampu buat mak ayah happy dengan achievement kakak dekat ward,tapi ni je yang kakak mampu bagi,



yang B+ tu setengah markah lagi nak A,tapi x ada rezeki..


P/S:alhamdulillah sykur pada ALLAH,exam kali ni antara yang tough,motivasi untuk diri sendiri juga untuk try harder next semester,thanx to all friends yang banyak support secara langsung dan tidak langsung..

Friday, November 18, 2011

#this is so true..log book berpuaka

Harini aku off day selepas berhempas pulas buat night shift selama 4 hari,bagi aku 4 hari pon dah kira lama.Lama yang amat sangat kalau kau kena kerja night shift.buat night shift bermaksud kau x ada life sangat.Malam pergi kerja,pagi kau balik kau kena replace balik tidur kau yang dah terkorban akibat kau berjaga 12 jam menjaga popo,ah-kong,kakak,adik dan seterunya lah.Bangun hanyalah untuk solat dan makan biskut sekeping dua dan sambung tidur balik.Totally x ada life.

Apa yang aku nak cerita bukanlah life aku masa buat night shift,tapi adalah ceritera tentang log book.Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal log book,walhal benda alah tersebut selalu saja dipinggirkan even waktu on-block(dalam kelas) or waktu posting. Log book ni adalah sejenis buku kecil(x kecik mana lah) yang memuatkan semua prosedur yang perlu aku capai sepanjang 3 tahun pengajian aku di kolej ni.

buku ni lagi penting dari IC aku,apatah lagi lesen memandu.Kalau buku ni disappear dari aku,mahupun warga kolej aku memang kau akan meroyan.Yes,meroyan yang naik gila tu...that's how important it is the log book to me and those who have it.

ini bukanlah imej sebenar log book berpuaka tersebut

Nak menambahkan epik dan rencah rasa dalam cerita ni,aku tokok tambah sikit la hehe..log book ni je penuh dengan air mata,darah,pengorbanan,pergaduhan,permusuhan dan lain-lain lagi.
Ini bukan cerita dongeng,tanya lah siapa-siapa yang kos nya memerlukan sekaping log book berpuaka ni. Hidup kau memang miserable,tambah lagi bila tutor set time apa yang perlu kau achieve.

sebab log book je kau boleh bermusuhan dengan group girl ko sendiri.bermulalah cakap-cakap belakang,umpatan,hina dan caci-maki bila si pelaku berebut procedure di ward.Aku? aku jenis chill and relax,kalau ada procedure aku bukanlah orang pertama ke depan,teheee...tapi kalau dah semua pun x berani buat selalu nya aku lah yang kena tolak ke depan.

Tak cukup seram dan tragis lagi?Sebab log book ramai yang menumpahkan air mata (sengaja ataupun tak)..
jatuh dan bangun kau di kolej pasti akan ada kisah log book di sebaliknya.Aku stay strong,kawan-kawan aku pun bukan sebab apa,mengenangkan family,sponsor kau dan yang paling utama kat sini adalah kawan-kawan.Dia orang lah yang akan bagi support kat kau tiap kali kau jatuh,bukan jatuh biasa,maksud aku jatuh terduduk yang kau sendiri tak mampu nak bangun tanpa bantuan.

Yes,aku admit aku still stay strong sebab mak n ayah n kawan-kawan aku yang aku dah anggap lebih dari kakak/adik aku sendiri.Tanpa dia orang log book aku x akan semegah ni(x megah mana lah)..banyak yang perlu aku achieve..terlalu banyak.Thanx for the support friends especially sponsormate aku,ayuni,tempat bertumbuk bergosip,ainor,dan orang yang paling setia time aku susah n orang yang selalu kena sakat dengan aku jidah..

P/S:aku emosional pasal log book sekejap sebab teringat dead line adalah minggu depan and aku x dapat balik rumah sebab mak meeting di sabah,walhal aku off 3 hari,,pfffttttttt

Sunday, October 30, 2011

brittle teeth and dentist

to be exact ada misi tersembunyi masa balik rumah 2 hari lepas....for seeking dentist treatment,kenapa x jumpa dentist dekat PJ je?

jangan nak buat lawak,hari tu teman kawan aku extract gigi dia pun dah seratus lebih,kalau kat klinik swasta k.pilah baru 20$..beza x beza,yelah kalau dah student buat lah cara student,elaun x sebarapa kalau dah tolak jumpa dentist tengah bulan makan biskut marie cicah kopi O lah jawabnya...

so,disebabkan mak amatlah mementingkan kesihatan anak-anak dia x kira kesihatan tubuh badan mahupun gigi (nama pun mak),so mak lah tempat pertama aku cakap gigi aku pecah,makan nasi haritu pecah dah,ni makan mamee monster tu pun pecah,,,rapuh habis gigi aku macam gigi orang tua.

kawan aku cakap aku x cukup calcium,,yang aku minum tiap-tiap hari tu apa?bukan calcium ke namanya,,haish,,mungkin juga dah time untuk gigi aku di service,sebab tu dia boikot pecah secara berjemaah.Pandai sesangat,tahu-tahu je aku akan terus jumpa dentist..gigi siapa lah ni~~

so disebabkan ada dua kawasan gigi yang dah boikot untuk pecah secara berjemaah,so  secara x langsung aku kena tampal dua tempat lah,padahal yang satu tu dentist dah letak dressing,dressing ni tahan 2-3 bulan je bak kata dentist,tapi ianya bertahan selama 5 bulan wohoo...tapi last-last pecah jugak,haisyyy



apa macam?berbaloi x?kat pilah je ada ni


 so tahun ni je aku dah jumpa dentist 3 kali..3 kali bagi seorang yang normal macam aku tanpa pakai braces.yelah kalau sesiapa pakai braces tiap-tiap bulan kena jumpa dentist,kalau dah tiap-tiap bulan,setahun mau tak 12 kali..

tapi satu je aku tak berkenan dengan dentist ni,sebab dia examine gigi aku tanpa pakai gloves..TANPA GLOVES....tapi dia buat fillling x sampai 10 minit untuk kedua-dua gigi aku,clap3....(tepuk sambil berdiri hormat) tanpa rasa sakit..yes aku akui takut nak tampal gigi sebab selalu dentist tampal plus rasa sakit siap ada ngilu lagi..memang ngeri~~

siap ada efek matahari menyinar menggambarkan aku datng time matahari malu-malu lagi nak keluar


 next time nak buat scaling pulak,,Dr.Cheng saya dah promote klinik doktor,next treatment free okeh?

P/S:baru aku sedar ALLAH pinjam kan gigi ni sekejap je untuk aku,so aku kena jaga baik-baik(sambil kunyah chewing gum)..

Thursday, October 20, 2011

yang pergi takkan kembali

Eceh tajuk macam baru lepas putus cinta sambil nyanyi lagu jiwang..

2,3 hari lepas aku ada encounter 1 kematian dekat ICU,sebelum-sebelum ni pun pernah and patient yang sebelum ni muda lagi baru 47 mati heart attack.Pap...terkesima aku,aku pun kadang-kadang ada simptom-simptom heart attack,paling x boleh lupa,otw balik PJ dari K.Pilah,that was the worst one,30 minit baru relieve.

Eh,aku bukan nak cerita pasai heart attack aku nak story pasai kematian.Yang pasti kematian itu pasti dan memang akan berlaku kepada setiap insan yang hidup kat dunia ni.1st kematian yang aku encounter tu memang buat aku rasa macam baru lepas kena tampar..the man was only 47 years old and yet he's dead.Kematian tak mengira umur,jantina,pangkat,harta,etc..

kau x boleh nak cakap pada malaikat maut macam ni "eh aku muda lagi,banyak lagi nak enjoy,nanti aku tua sikit dah banyak amal sikit ko tarik nyawa aku ok"...gila?

masa tengok mayat tu,satu benda je yang aku fikir,sama dengan umur ayah...aku nangis,ye aku menangis,menangis dalam hati je..hehe,nangis depan staf nanti pelik pulak staff tu.Aku teringat ayah,bila kali terakhir aku call ayah?aku pun x ingat,tapi aku akan call seminggu sekali or 2 kali.Tu jugak lah antara sebab nya aku akan kerap curi masa untuk balik rumah bila ada cuti even 1 hari.Kadang-kadang x sampai 24 jam dah kena balik PJ.

Aku x tau macam mana nak react bila encounter kematian 1 hari nanti.maksud aku orang yang terdekat (family or kawan2).Aku tak pernah kehilangan orang yang aku sayang sejak aku hidup 21 tahun ni.kalau orang yang tinggalkan aku tu ada lah..reaction aku?aku tidur tanpa bangun-bangun.....muahaha childish
Tapi aku tau dan aku pasti waktu tu kan sampai jugak,kalau tak pun aku x akan encounter perasaan tu kalau Allah tarik nyawa aku dulu sebelum orang-orang yang aku sayang.Wallahualam...

Tapi aku pernah jugak mintak pada Allah supaya tarik nyawa aku dulu sebelum nyawa orang yang aku sayang especially mak dengan ayah.Aku memang tabik pada kawan-kawan yang dah kehilangan mak/ayah diorang and aku tengok diorang memang kuat. kuat and tabah...

P/S:aku nak pergi mekah dulu sebelum mati..adakah aku juga sedang deal dengan malaikat maut???

Wednesday, October 12, 2011

tears and cupcake on mak's birthday

Last 3 days adalah birthday emak.Berhempas pulas fikir apa yang patut aku bagi sempena birthday emak tahun ni.Asyik bagi kek je tiap tahun,tahun ni konon nak buat lain sikit,lain dari yang lain.Memandangkan aku tak pernah cuba buat kek sendiri dekat rumah,so konon kali ni nak buat untuk mak,special untuk mak.Aku memang tak pandai sangat bab masak-masak ni,kalau dengan abang pun boleh kalah kot,yelah abang lah yang start ajar aku masak masa kecik-kecik dulu.

Pergi MPH konon nak carikan mak buku sebagai hadiah,last-last sendiri yang pening tak tau nak beli buku apa.Aku pegang buku masakan tapi mak suka ke?. Aku pegang pulak buku cara kreatif menanam bunga dalam pasu,aku letak jugak balik.Last sekali aku ambil buku Tuhan terimalah aku.Aku decide nak bagi mak buku tu walaupun dalam buku tu penuh cerita yang orang boleh dapat dalam majalah wanita je,kira kompilasi lah.

Buku dah jumpa,sekarang resipi cake pulak,tak kan nak mintak resepi dekat mak,tak best lah nati.Aku korek resipi dekat internet,walaupun resipi kat internet bukan semua boleh pakai.Aku ajak jidah teman beli kelengkapan cake dekat old town.Sampai kat kedai aku jumpa cupcake segera.Muahaha senang kerja aku sebab cupcake tu cuma perlu tambah telur,dan siaaaaappp....

Balik rumah aku cakap dekat adik aku yang bongsu esok kita buat cupcake untuk birthday emak. Pendek cerita esok nya aku buat lah cup cake tu. Dalam hati tak berhenti-henti doa yang moga-moga jadilah cupcake segera aku ni. kalau tak.....T__T

Bila dah siap,cupcake tu naik dan menggebu dan mengembang dan segala macam dan lah dalam oven,aku happy,happy tau tak happy....adik aku lagilah happy,e'eh sibuk,lupa pulak usaha bersama,tamak haloba
Aku start buat icing,part buat icing ni yang nak nangis,aku terlebih bubuh ayaq Ya Allah,,habis cayaq icing aku,cayaq hang tau dak???..

Bila letak atas cupcake dah jadi macam selebet,selekeh,serabai,sememeh habis...huhuhu,,
Tapi aku try jugak tulis H,A,P,Y B.U.F.D.A....Y tak ada adik aku musnahkan dengan huruf Y yang dia buat..tapi mak nampak terharu tapi mak tak tunjuk sangat.

Highlight nya,masa mak hantar aku balik kat k.pilah,mak peluk aku macam biasa lah,tapi kali ni lama sikit sambil mak cakap terima kasih buatkan cupcake tu.Aku sebak tak toleh dah lambai pon tak hahaha..

Esok nya,mak message aku dan ucap terima kasih lagi dan cakap dia terharu sangat,padahal aku rasa loser sebab ising aku tak jadi,..aku tak loser di mata emak itu yang aku tau,,ok stop sampai sini,tisu aku dah habis sekotak..


the icing should turn like those in the picture but,,it turn like this
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PICTURE NOT AVAILABLE


 P/S:I know i'm not ur best child mak,but i'll try to make u proud one day :)...tahun depan beli kek siap je,senang+mudah+pantas+tuntas

Thursday, September 29, 2011

O for orkid

last 2 week aku ada pergi tengok wayang dengan ainor. Last minute plan lepas habis sambutan 50th anniversary dekat kolej ainor ajak keluar tengok wayang dekat klcc. Selalu memang pergi klcc je kalau nak tengok wayang. kalau orang tanya kenapa pergi klcc?kenapa bukan midvalley,sunway,OU,the curve. Jawab aku simple je, "itu je yang aku mampu".

haha,bagi orang yang tak tau,perjalanan ke klcc dari kolej aku adalah antara yang paling jimat kos. So, jawapan itu je yang aku mampu adalah amat relevan sekali,bukan sekali bahkan berkali-kali relevan nya. sampai je kat klcc macam biasa lah sabtu,kena lah beratur lain lah pergi hari orang bekerja(aku memang suka keluar pada hari orang bekerja,tak sesak)..ainor suruh aku decide nak tengok cerita apa,terkejut monyet aku(terkejut monyet lebih sopan dari terkejut beruk ye adik-adik) sebab selalunya dia yang akan decide nak tengok cerita apa.

mungkin akibat terlalu kenyang makan tengahari di kolej sampaikan ainor naik blur cerita apa nak di tonton harini. Aku memang tak suka bab-bab decide ni, sebab aku tak suka bila aku dah decide then last-last cerita tu tak best, orang akan kondem aku,,(peristiwa ini pernah terjadi masa aku decide untuk tengok nur kasih the movie,kawan aku memang tak tengok cerita melayu,muka macam tak puas hati sebab ada adegan yang tak berapa best atau senang cakap tak masuk akal)..

Dalam keterpaksaan sebab cashier tu pun muka dah tak sabar-sabar suruh kitorang decide so aku pun pilih untuk tengok colombiana. sebab apa aku pilih tengok cerita ni? sebab kawan aku cakap cerita ni best,even aku ada joint dia tengok trailer cerita ni sebelum keluar tadi. cuma yang buat aku berat hati tu ialah aku tak pernah dengar nama pelakon dia,Zoe Saldana..huh? siapa?

colombiana ni cerita action killer,kepada sesiapa yang bercita-cita mahu menjadi pembunuh yang pandai dan berjaya sila tonton cerita ini yeahhh.. cataleya ni merukan seorang anak kepada fabio yang pernah bekerja dengan Don louis seorang pengedar dadah. dipendekkan cerita, fabio dan isteri nya telah di bunuh oleh orang kanan Don louis depan mata cataleya sendiri. sebelum fabio mati dia telah bagi cataleya satu cip yang Don louis ni nak sangat-sangat,cip tu adalah pasport bagi cataleya untuk masuk ke amerika sekiranya berlaku apa-apa kepada fabio dan isterinya.

cataleya telah guna cip tu untuk masuk amerika dan dia pergi cari pakcik dia untuk minta perlindungan. tapi dalam masa yang sama cataleya telah menyimpan dendam terhadap Don louis dan dia berhasrat untuk bunuh Don louis masa dia besar nanti. cataleya telah membesar sebagai seorang pembunuh yang licik dan bijak,setipa pembunuhan yang dia lakukan akan ditinggalkan kesan pada badan pembunuh iaitu gambar orkid(cataleya).

rancangannya hanyalah untuk menarik perhatian Don louis tapi dalam masa yang sama dia telah kehilangan pakcik dan emak kepada pakcik dia yang telah di anggap seperti  emak sendiri. cataleya menggunakan kuasa seorang CIA yang telah di ugut untuk menjejaki Don louis. Pengakhiran cerita yang hidup hanyalah cataleya dan boyfriend nya sahaja. Macam mana cataleya yang licik boleh jatuh kantoi di tangan CIA? dan siapa pulak boyfriend cataleya ni?

apa kata korang pergi tonton sendiri. aku tak rasa kat panggung ada lagi atau tak cerita ni. tapi kalau masih ada korang kena pergi tengok sebab bagi aku tak rugi untuk belanja sikit tengok cerita macam ni.lain lah belanja untuk tengok cerita hantu bonceng motosikal(bagi aku sangat mengarut walaupun aku minat pelakon dia,maybe sebab aku tengok sorang-sorang so tak best sangat kot)...

P/S:zoe saldana ni HOT~~aku akan tengok lagi movie-movie dia berlakon lepas ni.

Saturday, September 24, 2011

dari anak ayah yang tak nakal lagi

"ayah,janji tak nakal dan buat ayah susah hati dah,janji"




dah la,dah habis :P

Saturday, September 10, 2011

perogol vs penyimbah asid

tiada post raya buat kali ini,rasanya....

tapi ada cerita tentang atok,,

raya ke-3 kami sekeluarga pulang ke rumah atok di negeri sembilan setelah 4 hari berkampung di rumah opah dan tok wan di taiping,di sebabkan kami selalu berkunjung ke rumah atok pada hujung minggu dan adik ada banyaaaaaaaaakkk homework nak di siapkan(main game je lebih : P ) so mak cakap kita stay rumah atok sehari je esok balik rumah,tapi saya decide untuk tinggal sampai esok kat rumah atok,

saja,bukan x nak balik rumah,tapi nak teman atok dengan wan lebih 1 hari je...cucu misali hehe..*cough2*
ehem,atok,wan duit raya lebih ye :)

malam tu lepas semua family dah balik rumah,atok panggil dekat meja dia,kecik2 dulu selalulah bertenggek kat meja atok 2,dengar cerita masa atok jadi polis dulu2,tengok gambar lama-lama,tengok duit lama sebelum zaman jepun dulu,atok ajar tertib potong kuku,bukan pendek je kata panjang kata macam2 lah...dulu...kecik2 dulu,,

sekarang?lalu je meja atok 2,x ada dah bertenggek2 nye,,back to the above 1st sentence,atok panggil,atok cakap dia nak ajar doa keluar rumah dan segala macam doa,,eh ok jugak,tapi atok janji esok pagi so esok pagi lah..sebab sekarang nak tengok tv hehe,tengok,tengok betapa kuatnya pengaruh tv masa2 raya ni padahal cerita2 yang dorang tayang dah khatam berkali-kali,nak jugak tengok lagi...patutlah duit raya kurang tahun ni (eh,ada kene mengena ke,,hehe)

esok nya atok pun ajar doa keluar rumah,

atok: mira tau tak camno doa keluar rumah?
saya: tau tok,
atok: baco sikit atok nak dongar
saya: aaaa,,,x hafal lah atok (dalam hati,selalu keluar baca bismillah je,kantoi,kantoi)
atok: apo lah,doa ni kito kono hapal,tengok sekarang macam2 ado,culik,simbah asid ado,doa ni buek pelindung kito dari bondo-bondo ni
saya: ok,ok
atok: ha meh sini atok aja

lalu atok pon ajar lah doa keluar rumah,ada 3,rasanya semua orang pun tau,,tadi pergi konikuniya jumpa buku tentang musafir,ada doa yang atok ajar tu,harap2 lepas ni dapat lah amalkan walaupun x berapa hafal lagi,sebab selalu sebelum keluar,masa solat dah siap2 mintak doa di permudahkan perjalanan pergi dan balik so selalu keluar rumah memang x baca doa...

ada lagi yang atok ajar,tapi nanti atok tuliskan dalam buku,,terima kasih atok

nak duit raya?

Monday, August 22, 2011

hangpa semayang ka apa?

selalu hangpa pi solat terawih laju mana dia punya imam?

hangpa pernah x solat dengan imam yang hat dulu kerja dia bekas pelumba litar sepang,,

huisy,,hangpa kena pi try,masa ceq 1st time(bukan mana 1st time pon,tahun lepas dah rasa dah) balik berbuka kat rumah buat sekian kalinya tahun ni ceq pun x lepas peluang lah pi terawih,ceq pun dah tau awai2 lagi style imam dia,so ceq pon tanya lah emak..


"mak,imam malam ni laju ke sedang-sedang?"

mak pon jawab.."selang-selang"

tapi ceq dengaq sedang-sedang,ok lah malam ni bukan turn imam litar sepang

dan-dan start solat terawih imam tu pun bacalah Al-Fatihah,omakau,,laju bebenor nye hah

x sampi 1 minit dah "aaaamiiinnnnn.."

pukul 10 malam siap 20 rakaat campur witir 3,bravo imam ni,laju+pantas
-
-
-
-
-

al-kisah malam keesokannya,dah ready nak solat terawih,,imam start solat isyak dulu..

Al-Fatihah x kurang 1 minit,,"wow,imam ni lagi rempit" kataku dalam hati, kalau cakap batal lah solat,,
sebelum pukul 10,ceq tau belum pukul 10 sebab jam kat masjid belum berdenting 10 kali,,dah siap 20 rakaat+3 witir,siap buat tahlil lagi,sampai rumah baru 10.15 macam tu..


ceq pun habaq lah kat mak,(dengan mak x cakap stail ceq-hangpa,cakap proper bahasa mlayu)
"imam tadi laju betul"
mak pon cakap lah "rasa-rasa berapa markah solat kita tadi?4 flat ke 3 pointer ke?"
ceq pon reply balik "boleh dapat 3.5 kot dapat lah dekan hehe.."
-
-
-
-
-
sapa kita nak bagi markah kat solat kita sendiri,mak cakap pon berlapik,berapa lah markah solat kita kalau tonggang tonggek dah bagi salam,assalamualaikumwarahmatullah kiri kanan,baca doa..



adik ni ditangkap kerana di dapati sendawa tepi orang tengah solat


p/s:ceq pon x tau solat terawih 2 hari tu ALLAH terima x,wallahualam,,lagi satu CAMMON LAH MAKCIK SAF DEPAN MAKCIK X LENGKAP,X RAPAT TAPI MAKCIK SURUH SAYA PI DEPAN LENGKAPKAN SAF MAKCIK,,WHATS THE POINT??

Saturday, August 13, 2011

nasi beriyani ayam madu~~

terfikir-fikir menu berbuka harini?

apa kata hangpa cuba nasi beriyani ayam madu kat restoran insaf jalan tar (kena cakap stail penang baru la seswai nak cita pasai nasi beriyani)

ceq baru ja pi pekena nasi beriyani ni semalam sebagai menu berbuka,memang ceq bagi 5 bintang lah,nasi dia x berempah sangat memang x panas badan kalau makan. 

tapi kalau nak pi untuk berbuka kat sana memang kena tempah awai2 sat gi takut x dapat tempat sebab kedai dia alahai comel ngat,kalau nak berbuka untuk petang kang hangpa kena pi book pagi x pun tengahari tu jugak.

cakap banyak pun x guna aih,,nak bayangkan betapa sedapnya nasi beriyani ayam madu ni?

tengok lah puas2 pastu hangpa pi lah try sendiri..





ayam madu dia rangup+manis menjilat gigi


 kuah dal dengan arca pon seddaaaaaappp..




 yang ni pon femes jugak kat sini,jus mangga




 pencuci mulut,belakang depa ni ada kurma,tapi kurma malu nak ambik gambaq


kesemuanya masing2 kena bayaq RM20 1 kepala,kalau hangpa ada 2 kepala 1 badan jangan risau bayaq pon RM20 ja (entah ceq hentam ja)..

tapi berbaloi lah lagipun hangpa boleh tambah lagi kalau tak malu

ada banyak lagi jenis lauk tapi ceq pon x sempat nak usha2 apa dia,tapi ada daging,telur ikan,sotong,ayam goreng....

so sapa2 hat berhajat nak pi area2 jalan tar petang ni apa lagi pi singgah sat pekena nasi beriyani untuk berbuka,x rugi,,

kedai ni kalau hangpa dari sogo teruih ja jalan straight tanpa toleh kiri dan kanan tapi kena perati betui2 takut terlepas pandang sebab kedai dia kecik ja,lagi nak senang kedai ni sebelah A&W dengan KFC..

selamat berbuka pada yang berpuasa :)

Sunday, August 7, 2011

ke bazar kita ayuh,,

"apa yang special sangat tentang bazar ramadhan ni?"

bila tiba ramadhan je,belum ramadhan lagi pun orang dah start cakap2 pasal bazar ramadhan,apa yang special sangat tentang bazar ni?

pasar malam pon special apa,,ikuti temubual di bawah...(temubual di jalankan kepada org yang x berpose tapi sibuk nak pergi bazar ramadhan)

wartawan: apa yang special sgt bazar ramadhan ni?
prema(bkn nama sebenar) : best wooo,ada banyak kuih sedap2,ada air,ada ayam percik,ada bla,bla,bla..banyak x terkata
wartawan: selalu pergi bazar beli apa?
prema: selalu beli kuih,kuih apa 2 nama die (berfikir selama 10 saat) ha,kuih tepung pelita,alah yang dalam daun kelapa 2
wartawan: daun kelapa?dey tambhi,daun pandan la
prema: hahahhahaaha,,ow daun pandan ok2 daun pandan



begitulah special nya bazar ramadhan bukan sahaja pada yang menahan lapar dan dahaga selama sehari tapi juga pada yang x berpuasa(walaupun penah try tapi tengahari da mengalah(cik prema (bukan nama sebenar) cuba lagi lain kali ye)..

masa ceq kecik2 dulu nak makan apa pon,tunjuk ja pakai jari,pastu habaq kat ayah (sebab ayah yang selalu bawak p bazaq) teruih dapat,
x kira apa pun,tapi ceq slalu pilih kuih ja,x pandai sangat pilih benda lain
antara kuih yang menjadi kegemaran,dari dulu sampai lah la ni..

mempersembahkan:
tempat pertama: popia goreng (ni mak pun selalu buat sebab 2 suka (feberet) )
tempat kedua : kuih keria (keria ni macam donat tapi buat dari ubi keledek )
    "      ketiga: kuih cara manis (yang cara berlauk x berapa peberet sangat tpi kalau dok ada msuk ja mulut)
    "      keempat: apa2 ja aih yang ayah dok beli,ceq x berkira ngat,,last2 xsuka ngat pon masuk mulut gak
    "      kelima : murtabak (bukan peberet pun tapi 1 family suka makan so boleh dapat tempat kelima)

kepada kuih2 yang x berjaya,cuba lagi di ramadhan yang akan datang na,,


hat ni paling peberet,dapat no atas dari nombor 1

makan boleh x ingat dunia,mak mertua lalu pon x sedaq aih

hat ni untuk abg ngah yg blajaq nun jauh kat jepun,awat kerajaan jepun x tanam tebu?

jangan sampai ayaq liuq meleleh kat keyboard sudah,apa tunggu lagi baru pukui 4.30 petang sat gi p bazaq lah cari kuih dengan lauk berbuka~~


p/s:selamat berbuka kepada semua umat islam x kira di mana anda berada,makan berpada-pada nanti malas nak p terawih pulak,kepada encik rahman sekeluarga,mak masak apa petang ni?huhuhuhu...

Friday, August 5, 2011

Ramadhan AL-Mubarak

"kepada hard core fan of anwar hadi,presenting also aiman azlan"





penuh dengan unsur nasihat dan teladan,enjoyyy~~


p/s:jersi malaysia 2 sapa x kenal,anwar hadi,yang lagi sorang 2 azlan,azlan ni pun ada buat video2 macam anwar hadi jugak,check this out here,http://www.youtube.com/aimanazlan90.bak kata orang tua2,sempoi lah

Tuesday, July 26, 2011

Special edition "sayaaang ayah 2"

Harini adalah harijadi ayah yang ke-49 if i'm not mistaken..hehe 2011-1962=49 la kan,,
x kisah lah dah 49 ke 48 ke tapi ayah tetap nampak 30 kat mata kakak,cewahh..
terima kasih ayah sebab besarkan kami sampai sekarang,and ayah x pernah mintak apa2 balasan(walaupun kadang2 dalam bentuk gurauan ayah ada mintak bayar balik apa yang ayah dah pernah belanja)WHATTT???

kalau nak bayar balik semuanya,sampai mati pun x terbayar,kalau nak senarai apa yang ayah dah pernah buat,sampai tahun depan pun x habis tulis.....


CONTOHNYA...
-hantar pergi balik sekolah,dari tadika,sekolah rendah,masuk asrama,sampai lah kolej
-bagi duit belanja dari tadika bla3(seperti di atas) sampai dah ada elaun sendiri pun ayah bagi lagi
-masak kan makanan yang sedap2 waktu mak outstation(kadang2 resipi entah korek dari mana2)
-kejut sembahyang subuh,,part paling menguji iman sapa2 pon lah,,kalau kita lah yang x bangun 2 lantak kau lah,tapi ayah akan kejut sampai bangun,kalau dah start panggil nama penuh baik bangun,kalau x.....
-support dalam apa jua yang kitorang nak buat(walaupun kadang2 ayah x bagi) normal lah 2..
-ikut je apa yang kitorang nak makan especially bila makan kat luar,walaupun ayah x suka sangat makan fast food,tapi demi anak2 dia follow je..
-tanam pokok bunga banyak2 keliling rumah,bagi rumah lagi cantik,,boleh buat main masak2 bunga 2 hehe
.
.
.
.
.
and berlambak2 lah lagi,kalau tulis semua nanti muntah hijau pulak orang yang baca,,
last but not least..
TERIMA KASIH ayah sebab support kakak bila kakak dalam keadaan sedih n x kira apa pun yang kakak buat,ayah akan ada kat belakang
x lupa jugak,thanx ayah sebab longgok kan buah durian banyak2 depan rumah so kakak boleh makan semuanya..hehe,,
p/s:semoga ayah sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T dan di murahkan rezeki selalu,,lagi satu semoga mendapat kesihatan yang baik2..
saaaaaaaaaayyyyyyaaaaaaang AYAH..

Monday, July 25, 2011

Special edition "sayaaang ayah 1"

special for ayah,no matter what yang ayah cakap,n kakak x dengar(bukan sengaja x dengar) ayah akan ulang balik sampai kakak dengar,,,
p/s:anak ayah x pekak tapi kadang2 x berapa dengar,terima kasih sebab sabar ulang balik apa yang ayah dah cakap,kalau orang lain mesti dah makan pelempang,,hehe :)

Wednesday, July 20, 2011

lovely lovable LOVE

this entry specially dedicated to my beloved younger sister as today is her 10th birthday~~
haha..baru 10 rupanya,kecik lagi..i have 1 wishes dari dulu lagi...
which was harap2 adik yang ni x membesar..bukan x membesar maksud x meninggi tu tapi harap sangat dia akan kekal 10 tahun sampai bila2 haha..what a wish...seronok ada adik besar ni..
kalau terasa nak main benda2 yang obviously untuk budak2 boleh main dengan adik..
contohnya masak2 ke,main bentuk2 tanah liat jadi sushi x pun burger,rindu wooo nak main benda2 alah ni,,
nasib baik ada adik,,
there she is,,

thanx sebab selalu angkat telefon setiap kali kakak call rumah n selalu teman kakak main masak2 haha..
no lah..thanx sebab selalu bagi kakak ceria n happy..
I WILL ALWAYS LOVE YOU...
HAPPY BIRTHDAY,,SEMOGA PANJANG UMUR N DIRAHMATI ALLAH S.W.T

Tuesday, July 19, 2011

what people called by cancer

kanser,,,dengar pon dah gerun~~apa itu kanser?post kali ni bukan lah nak cerita pasal apa itu kanser,tapi apa kita boleh buat(sebagai seorang yang sihat dan bebas dari kanser) untuk menyokong survivor ataupun orang yang masih berjuang menentang kanser.
setiap tahun,di Malaysia akan di adakan sambutan untuk meraikan survivor2 kanser yang telah berjaya menentang kanser yang pada satu masa dulu pernah ada dan hidup bersama mereka.Event ni merupakan 1 event yang di organize oleh National Cancer Society Malaysia(NCSM).
This is my 2nd year joining this event which previously at Bukit Jalil, event ni yang boleh kata sangat2 berjaya menarik ramai orang2 biasa yang x pernah dihidapi kanser(supporter) dan juga survivor2 kanser of kos mesti ada,wajib..
Event ni biasanya diadakan kat 3 buah negeri,melaka,kuala lumpur dan penang.dan of kos la saya akan joint yang kat kuala lumpur sebab dekat dengan kolej..
and of kos tun tan cheng lock college of nursing's

mamat korea yang AWESOMEE..haiyaaa
 
see..see ramai x orang,6000++

ryan mix.fm n the blueshirt guy yang push up ntah berapa kali,,HOT

speachless..


and speachless lagi..sapa2 nak buat kenduri kawin kalah ct nurhaliza punya silalah jemput dia ni~~

luminaria=time to remember those cancer patient that had gone


and kami lagi :)
 
 those cancer survivor,,FIGHT,FIGHT,FIGHT



 Last but not least....

Ash nair and kamal
 

KUATAGH=alumni MRSM kuantan,MRSM muadzam mana????
                                           
Hope 2 see all of the survivors next year with more awesome events..

Friday, July 15, 2011

assobaru minal iman

Al Baqarah : 250 : Terjemahnya : Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.

Be strong my fren,be strong....
berulang-ulang kali ayat ni di ucapkan oleh sang hati yang sedang menenangkan diri yang nak kata down tak lah jugak,tapi sedikit kecewa mungkin.
SABAR
1 perkataan yang sangat sesuai untuk dijelaskan tentang keadaan saya sekarang.Log book yang perlu di achieve procedure nya,seperti sangat2 menuntut kesabaranku yang x ada mana tinggi nya pun.
satu2 procedure yang dah di booked cancel atas kerana patient discharge.
Hati: x apa mungkin rezeki ada di tempat(ward) lain
jasad : hampir menyerah tapi mampu kuat kerana hati masih bersabar
Hati: kita cuba lain kali ok,,
Syaitan: Give up jelah, pakai je uniform 2 sampai posting nanti
Hati & Jasad : Diamlah syaitan

Monday, July 11, 2011

bunga is flower

kemeriahan hujung minggu diserikan dengan kunjungan ke festival floria kat putrajaya.pada mulanya memang berkira-kira nak pergi ke x,pergi ke x,lagi 30 minit member2 nak bertolak baru buat decision nak ikut atas alasan boleh la beli kan pokok bunga untuk ayah,eceh padahal syaitan dah bersorak riang bertepuk tangan gembira sebab dapat menggoda seorang umat Muhammad untuk pergi berseronok walaupun ada kerja yang penting x siap lagi~~
perjalanan ke sana ambil masa dalam 40 minit kot,x sempat tengok jam pukul berapa bertolak and sampai,tengok2 dah sampai(padahal dalam KL transit mengomel2 bila nak sampai).Perjalanan dari kolej ke LRT taman jaya x la jauh,tapi dari LRT KL sentral ke Putrajaya dengan menaiki KL transit 2 yang agak makan masa,,tapi KL transit ni lajuuuuuuu walaupun mahal T_T..RM19 untuk pergi dan balik guna KL transit..tsk,tsk
ni lah KL transit

ada entertainment,ok stop RM19 berbaloi
jambatan aaa..google sendiri

dan bermulalah pengembaraan mencari mengenali bunga-bunga,aiceh bukan kenal pon last2 bunga2 kat sini



pink rose
dan rose lagi
bukan bunga raya yang pastinya

tulip from holland
antara orkid yang terdapat di gerai2 untuk di jual

pengakhirannya journey hari ahad ni,balik dengan penat tapi happy sebab dapat belikan pokok orkid untuk ayah tambah koleksi dekat rumah :)

Saturday, July 9, 2011

cubaan 1,2,3

blog ini di wujudkan kerana dah x tahan desakan kawan-kawan yang mintak saya mewujudkan blog,
senang nak update sebab masing2 dah jauh,
anyway,,bacalah update ni sampai muntah :)