Wednesday, April 18, 2012

kasih ibu

tajuk entry kalau nak tangkap lagi syahdu sila pasang bersama lagu "ayah dan ibu" sambil baca hingga ke noktah terakhir. kalau banjir depan laptop, pandai2 mop sendiri :)

2 minggu lepas lamanya  (baru nak update, tak apa relevan lagi), aku dijangkiti satu penyakit yang aku sendiri pun tak jangka2 akan dapat waktu belajar kat kolej. chicken pox ye sebut betul2 c.h.i.c.k.e.n p.o.x

Nama je chicken pox tapi dalam masa anda berpantang amat lah dilarang untuk menyentuh ayam yakni chicken lah. Jangankan sentuh,ratah,kunyah,jeling mahupun sebarang aktiviti yang melibatkan ayam amatlah dilarang. Ntah kenapa letak nama chicken pox pastu tak boleh makan ayam (muka tak puas hati 2 minggu tak makan ayam)

Di sebab kan aku bukan lah makhluk yang rajin sangat nak makan ubat, maka hari pertama demam amatlah di abaikan suhu badan yang baru nak manja2 nya naik sekitar 37.7 celcius. Panadol? bukan lah pilihan utama tapi di sebabkan demam disertai dengan pening, maka haruslah telan panadol sebiji dua.

Hari kedua demam, badan mengigil-gigil macam kau duduk kutub utara sambil pakai t-shirt nipis biasa pakai pergi kelas tu.holaaa. Nak turun katil makan panadol pun tak mampu, tapi dalam kepala dah ingat nak terjah emergency department tapi mengenangkan bil konfem nya tinggi dan pasti2 kena masuk IV fluid, terus batal niat.

Hari ketiga lah bintik-bintik merah comel keluar kat muka yang ku sangka kan jerawat..ye jerawat yang amat gatal sampai tidur tak sengaja "ter" garu dengan tangan sampai tinggal bekas parut hoyeeee...

Waktu tu lah baru ingat nak jumpa doktor. Dalam kepala 50-50 ingat ni chicken pox, tapi di sebabkan rashes nya macam malu-malu nak naik, so tak yakin sangat lah. memang tak yakin sampai hampir satu classmate aku tanya rashes ni apa,mostly diorang cakap jerawat..ceiitt

Lepas doktor sah kan konfirm yang amat ni chicken pox, reaksi terkejut hanya lah sementara. Lepas ambik ubat dan surat MC (yang doktor bagi 2 hari je,apa kejadahnya), destinasi seterusnya adalah stesen universiti sebab dah janji dengan member nak keluar pergi Midvalley...haha 
AMARAN: SILA JANGAN CONTOHI ADEGAN DI ATAS,DAH TAU SAKIT DUDUK DIAM2


hanya sebagai ilustrasi,bukan yang sebenar di badan penulis

Di sebab kan penyakit ni adalah PENYAKIT BERJANGKIT maka amatlah di wajibkan penghidapnya untuk di isolate di bilik lain. Bilik lain tau..makan,tidur,main laptop adalah menjadi aktiviti individu secara automatik nya setelah di isolate.

Di sebab kan mengalami tekana jiwa yang sederhana setelah di isolate selama 2 hari tanpa dapat berhubung dengan orang luar melainkan mereka datang menjenguk di pintu :( sambil bertanya khabar dan membawa makanan orang berpantang yang *&%#@$ (sedap dan menyelerakan) tu, aku nekad untuk berjumpa doktor kali kedua bagi mengetahui status aku sekarang.

Di sebabkan chicken pox waktu puncaknya dan aktifnya adalah SEMINGGU iaitu bersamaan 7 HARI (take note doktor2 mahupun medical student di luar sana) maka adanya doktor tambah MC lagi 5 hari. Hooray bermaksud boleh balik rumah tak perlu tekanan jiwa lagi.

Dekat rumah tak payah cerita, tak perlu cakap, mak layan kau macam kau sakit teruk gila padahal boleh lompat2 lagi dari penjuru rumah ke penjuru yang lain. Tapi satu je part yang tak berapa best, makan memang kena pantang. Kalau dah nama nya mak, semua serba serbi lah dia tahu, apa tak boleh makan, apa yang boleh. So kesimpulannya, kat rumah hanya certain ikan sahaja di benarkan. Daging sama ada daging ayam mahupun daging lembu dan kambing amatlah dilarang sama sekali. Waktu mak masak daging sup dengan daging masak kicap,meleleh air liur hoi..tapi muka cover macam tak heran sangat, dalam hati Tuhan je yang tau.

Sebenarnya chicken pox ni tak adalah teruk sangat.Rashes paling banyak pun dekat certain tempat je. Selebihnya, MC 5 hari = HOLIDAY ^0^..dekat rumah bestnya mak tolong sapukan calamine lotion tu bagi mengelakkan gatal, lepas habis MC, balik kolej, tak tau nak suruh sapa sapukan, sebab semua roomates dah tidur awal, maka jadi nya terpaksalah sapu sendiri, terkinja-kinja sampai tumpah habis putih lantai..serius sebak teringat mak :(


Kesimpulannya karangan di atas lama dah tak sakit sampai mak lepas subuh letak tapak tangan rasa dahi kau panas ke tak sambil kejut kau bangun subuh disertai nasihat pendek."nanti tak payah mandi lah,demam ni"
serius tersentuh plus syahdu,kat kolej sapa nak rasa dahi kau panas ke tak?kau sendiri plus 2,3 kawan yang prihatin.

P/S: hargailah emak(parents) kau tak kira ceruk mana pun kau study, sebab kalau sakit, orang pertama kau akan ingat ialah emak..dah jangan nak tipu nak geleng2 pulak.

Masa doktor tanya apa nama lain bagi chicken pox, aku rasa nak nyorok bawah meja doktor tu sambil pura2 tak dengar..ceiit malu je lupa,(tak apa aku kan ada alzheimer) and aku tak makan habis ubat antiviral yang doktor bagi tu,banyak sangat haha..5 kali sehari,kau mampu?


ha telan lah ni 5 kali sehari,ubat muat2 tekak,nyaris tercekik