Friday, December 7, 2012

this year I'm 22

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama ALLAH yang pemurah lagi mengasihani,
Alhamdulillah genap 22 tahun menumpang di bumi mu Ya ALLAH,
Dikurniakan keluarga yang penyayang,
Rakan-rakan yang sentiasa bersama susah dan senang,
Semoga dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat,,AMIN...


Pq dan Paty terima kasih tak berbelah bahagi for the suprise,
Sanggup tunggu berejam depan kolej semata-mata tunggu aku balik dari kerja,
korang lah kawan terbaik kat dunia ni,*hugs*
Thanx jugak dekat Ek,pukul 1 pagi call wish birthday,(nasib baik birthday kalau x dah kena maki),
To Emak,thanx tak lupa wish tiap-tiap tahun,and for the present : D
To abang,bila nak belanja william??
Wish tahun ni semoga menjadi manusia yang lebih berguna,anak yang lebih solehah :')

Tuesday, September 11, 2012

Randomness

Pernah tak ada perasaan sunyi bila tak ada someone untuk berborak bila bangun tidur, bila makan, bila menghadap laptop?

Yes, aku ada perasaan tersebut petang tadi sebab harini aku off day, so aku tak payah pergi kerja waktu orang sepatutnya pergi kerja and tak ada orang dekat bilik and aku sunyi,yes SUNYI.

Selalunya bila aku sorang-sorang dekat bilik, menghadap laptop adalah rutin aku sebab sekarang tidur bukanlah benda utama yang aku buat bila bosan.

On laptop, first thing first aku akan bukak facebook and twitter, tapi siapa menang? Of kos la twitter, aku boleh biar twitter tu on selama laptop aku on, tapi facebook tak, sejak dua menjak ni aku cepat naik bosan dengan facebook, perkataan yang kerap keluar dari mulut aku bila baca status dekat facebook adalah "fake".

Then disebabkan harini adalah hari selasa, so semua orang pergi kerja, posting and lectures and facebook and twitter akan remain the same post dari pukul 2 sampai lah 5 petang. Agaknya yang update2 status tu pun macam aku, cuti. So, aku pun geledah lah file movie dan belek2 movie yang nak di pasang untuk menghilangkan bosan, tak sampai 20 minit aku dah tutup balik, itulah salah satu kelemahan aku, aku tak suka tengok movie sorang2 unless movie tu movie kelakar. Kalau movie sedih, cintan-cintun, seram tak sampai 20-30 minit aku dah tutup.

Aku jeling jam, 3.45 petang and roomate aku yang kerja pagi tak balik2 lagi maybe ward busy sebab sekarang dia on management posting. Aku tunggu lagi sampai 4.20 baru dia balik.

Macam biasa lah aku akan tanya kenapa balik lewat walhal aku dah tau kenapa,mesti busy buat admission and siapkan report. Start je roomate aku bukak mulut jawab soalan aku dia tak henti-henti bercakap cerita kenapa balik lambat, tadi dekat ward buat apa, staf **** macam **** sebab marah2 dia suruh dia siapkan itu,ini, then sambung lagi pasal staff **** yang tak nak supervise dia serve medication and bla..bla..bla.

Tiba-tiba aku decide nak tidur haha, jahat roomate macam aku ni. Roomate aku senyap bila aku tak respon setiap perkataan yang dia cakap. And both of us tidur.

Bangun dari tidur baru aku teringat aku tak solat asar lagi so aku cepat2 solat and terus solat maghrib. Bilik sunyi sebab roomate aku tidur. *krik,krik* (bunyi cengkerik sebab sunyi sangat).

Tiba-tiba roomate aku bangun and sambung bla,bla,bla pasal jagung, lampu toilet, and macam-macam lagi. Tiba-tiba aku rasa nak sambung tidur balik hahaha...

Aku rasa dia kena bercakap dengan talking tom cats and tengok how it feels bila ada benda non-stop talking dekat kau. Mesti tak sampai 10 minit dia dah senyap hahahaha.


Bak kata abang sedara aku, kecik-kecik dulu aku pun mulut murai . Agaknya ini hukum karma bagi aku.WHAT???

Saturday, July 28, 2012

untuk kamu sahabat

3 tahun, pejam celik pejam celik dah habis 3 tahun...
kepada sahabat, terima kasih sebab ada masa aku susah, senang, jatuh bangun aku kat kolej ni, hang sudi dengar masalah aku, cerita-cerita yang aku habaq kat hang,

sorry aku tak datang jumpa hang masa hang dah nak balik kedah haritu, aku tau yang aku akan nangis and aku tak nak tengok hang nangis masa hari last hang kat sini,,


ni masa birthday sab 2 tahun lepas 

P/S: ALLAH saja yang tau berapa banyak aku sayang kat hang,of kos lah tak boleh lawan sayang parents hang hehe..XOXO

Sunday, June 17, 2012

redang is a no,no,no

assalamualaikum..

see the picture below,amaze enough huh?

taken from mr.google :)

tak semua yang dirancang akan berakhir dengan apa yang dirancang. Sometimes benda yang dirancang end up jadi benda yang tak dirancang. Okey stop dengan rancang2,aku pening sudah.

Rancangan ke redang minggu ni terpaksa di kensel last minute kerana cuti yang tidak diluluskan..:(

Finally masing2 terpaksa sedapkan hati,"alah takpe,journal dengan procedure pun x siap lagi,ok lah tu"

Masih figure out plan B,any suggestion for vacation yang dekat2 selangor/KL?

P/S: manusia merancang ALLAH menentukan,,


Sunday, May 6, 2012

kisah tisu dan sahabat sampai akhirat

Selalu kan tengok situasi peminta sedekah lagi-lagi di tempat seperti pasar malam ataupun tempat-tempat tumpuan orang ramai. Macam-macam ragam, yang hanya pegang bekas walhal badan memang dah nampak sihat walafiat dan mampu guna tulang 4 kederat untuk bekerja, yang memang nampak tak berdaya pun ada, tapi kadang-kadang terpulang pada pandangan masing-masing untuk menilai orang-orang macam ni.

Kadang-kadang ada juga yang guna alternatif untuk cari makan dengan nyanyi dekat tempat tumpuan orang ramai, depan kedai, pasar malam...dan kadang-kadang akal kita yang tak tau lah nak kata kreatif atau apa, akan kata, "lah dia mampu beli keyboard, mikrofon, speaker tu tak ada lah miskin, so x payah lah sedekah kan?" sometimes kita pun just bagi dengan tujuan untuk bersedekah. Ikhlas atau tidak itu urusan ALLAH S.W.T ,kadang-kadang kita sendiri pun tak dapat nilai sedekah kita jatuh pada ikhlas atau tak.

gambar ihsan cik google,bukan imej sebenar pakcik tersebut

Di ringkas kan cerita, jumaat lepas aku teman kawan untuk pergi beli tiket bas balik kelantan dekat hentian putra. Aku tak pernah sampai hentian putra walhal dah 3 tahun jugak belajar dekat PJ, so disebabkan baru je habis exam and tak ada apa nak buat petang tu, aku teman kawan aku ni. Yang buat aku kagum, "kagum sangat" padahal dah nampak macam jakun, kebanyakan penjaga kaunter/orang jual tiket tahu cakap kelantan, tiba-tiba aku rasa macam dah sampai kelantan. hahaha lol..

Balik dari beli tiket, kitorang jalan dekat laluan khas(tunnel) yang sambung hentian putra sampai komuter PWTC, tiba-tiba kawan aku ni ternampak seorang pakcik ada jual tisu, pakcik ni ada satu je tangan, kaki pun lagi satu dia sorok belakang kotak tisu dia, aku x sure sama ada dia memang ada satu kaki atau dia duduk macam tu. kawan aku decide untuk beli tisu pakcik ni sambil sedekah, sedang kawan aku cari duit kecik dalam purse dia pakcik tu tanya aku.

Pakcik: kawan baik ke ni? (sambil tunjuk kat aku dengan kawan aku)
Aku : aaa.. ha'ah baik,kawan baik
Pakcik : kawan sampai akhirat lah ni?
Aku: aaa..(tergamam x tahu nak jawab apa) insyaallah pakcik,kawan sampai akhirat
Pakcik : senyum..Alhamdulillah,baguslah :)
Aku : :') (sebak)


Dalam perjalanan balik, dengan kuasa ALLAH banyak benda baik berlaku pada kitorang, kitorang x ada duit kecik untuk masukkan dalam machine beli token tu, so kitorang decide untuk pecahkan duit dekat goceries dekat LRT tu, tapi cashier tu insist untuk mintak duit kecik walhal aku x ada and aku datang beli air kotak sebab nak pecahkan duit. Tiba-tiba ada satu pakcik sebelah aku ni pun nak pecahkan duit, so disebabkan cashier tu insist cakap dia x ada duit kecik, so pakcik tu bayarkan air kotak aku sekali.

Aku dengan muka bersalah, insist nak bayar balik pada pakcik tu, tapi pakcik tu cakap tak payah. So sekarang aku ada 2 masalah.
1) kat mana nak pecah duit? so kitorang boleh beli token and balik
2) macam mana nak bayar balik dekat pakcik tu, aku dah lah x kenal dia..

Sambil bermesyuarat dengan kawan aku kat situ, pakcik tu datang lagi sekali dan hulur duit pada kitorang sambil cakap, "nah, beli token" ,kitorang tolak niat baik pakcik tu,sebab tadi dia dah bayarkan air kotak yang kitorang tak perlukan tu pun, sekarang dia nak hulur duit bagi tambang balik pulak. "eh,xpe ambik lah kat mana nak pecah duit tu?" pakcik tu tanya. Then cepat2 aku jawab kitorang pecahkan dekat pasar malam lah pakcik terima kasih banyak2.

Cerita ni tak habis kat sini je..baru nak gerak pergi pasar malam dekat stesen LRT tu,pakcik tu panggil lagi, nah, sambil hulur 2 sampul surat warna coklat sambil cakap " nah,pakcik bagi kamu orang kamu ni baik sangat, pakcik jarang jumpa orang macam kamu ni"..Terkebil-kebil kitorang, apa yang kitorang dah buat, padahal pakcik ni yang baik.

Dalam sampul tu ada voucher untuk pusat kecantikan. Walaupun kitorang tak perlukan voucher tu tapi, ayat pakcik tu yang buat kitorang rasa terharu. :')

Ayat keramat kawan aku " kalau ALLAH nak balas perbuatan kita,baik atau buruk ALLAH boleh bayar cash"


Sahabat sampai akhirat,Insyaallah :)

Wednesday, April 18, 2012

kasih ibu

tajuk entry kalau nak tangkap lagi syahdu sila pasang bersama lagu "ayah dan ibu" sambil baca hingga ke noktah terakhir. kalau banjir depan laptop, pandai2 mop sendiri :)

2 minggu lepas lamanya  (baru nak update, tak apa relevan lagi), aku dijangkiti satu penyakit yang aku sendiri pun tak jangka2 akan dapat waktu belajar kat kolej. chicken pox ye sebut betul2 c.h.i.c.k.e.n p.o.x

Nama je chicken pox tapi dalam masa anda berpantang amat lah dilarang untuk menyentuh ayam yakni chicken lah. Jangankan sentuh,ratah,kunyah,jeling mahupun sebarang aktiviti yang melibatkan ayam amatlah dilarang. Ntah kenapa letak nama chicken pox pastu tak boleh makan ayam (muka tak puas hati 2 minggu tak makan ayam)

Di sebab kan aku bukan lah makhluk yang rajin sangat nak makan ubat, maka hari pertama demam amatlah di abaikan suhu badan yang baru nak manja2 nya naik sekitar 37.7 celcius. Panadol? bukan lah pilihan utama tapi di sebabkan demam disertai dengan pening, maka haruslah telan panadol sebiji dua.

Hari kedua demam, badan mengigil-gigil macam kau duduk kutub utara sambil pakai t-shirt nipis biasa pakai pergi kelas tu.holaaa. Nak turun katil makan panadol pun tak mampu, tapi dalam kepala dah ingat nak terjah emergency department tapi mengenangkan bil konfem nya tinggi dan pasti2 kena masuk IV fluid, terus batal niat.

Hari ketiga lah bintik-bintik merah comel keluar kat muka yang ku sangka kan jerawat..ye jerawat yang amat gatal sampai tidur tak sengaja "ter" garu dengan tangan sampai tinggal bekas parut hoyeeee...

Waktu tu lah baru ingat nak jumpa doktor. Dalam kepala 50-50 ingat ni chicken pox, tapi di sebabkan rashes nya macam malu-malu nak naik, so tak yakin sangat lah. memang tak yakin sampai hampir satu classmate aku tanya rashes ni apa,mostly diorang cakap jerawat..ceiitt

Lepas doktor sah kan konfirm yang amat ni chicken pox, reaksi terkejut hanya lah sementara. Lepas ambik ubat dan surat MC (yang doktor bagi 2 hari je,apa kejadahnya), destinasi seterusnya adalah stesen universiti sebab dah janji dengan member nak keluar pergi Midvalley...haha 
AMARAN: SILA JANGAN CONTOHI ADEGAN DI ATAS,DAH TAU SAKIT DUDUK DIAM2


hanya sebagai ilustrasi,bukan yang sebenar di badan penulis

Di sebab kan penyakit ni adalah PENYAKIT BERJANGKIT maka amatlah di wajibkan penghidapnya untuk di isolate di bilik lain. Bilik lain tau..makan,tidur,main laptop adalah menjadi aktiviti individu secara automatik nya setelah di isolate.

Di sebab kan mengalami tekana jiwa yang sederhana setelah di isolate selama 2 hari tanpa dapat berhubung dengan orang luar melainkan mereka datang menjenguk di pintu :( sambil bertanya khabar dan membawa makanan orang berpantang yang *&%#@$ (sedap dan menyelerakan) tu, aku nekad untuk berjumpa doktor kali kedua bagi mengetahui status aku sekarang.

Di sebabkan chicken pox waktu puncaknya dan aktifnya adalah SEMINGGU iaitu bersamaan 7 HARI (take note doktor2 mahupun medical student di luar sana) maka adanya doktor tambah MC lagi 5 hari. Hooray bermaksud boleh balik rumah tak perlu tekanan jiwa lagi.

Dekat rumah tak payah cerita, tak perlu cakap, mak layan kau macam kau sakit teruk gila padahal boleh lompat2 lagi dari penjuru rumah ke penjuru yang lain. Tapi satu je part yang tak berapa best, makan memang kena pantang. Kalau dah nama nya mak, semua serba serbi lah dia tahu, apa tak boleh makan, apa yang boleh. So kesimpulannya, kat rumah hanya certain ikan sahaja di benarkan. Daging sama ada daging ayam mahupun daging lembu dan kambing amatlah dilarang sama sekali. Waktu mak masak daging sup dengan daging masak kicap,meleleh air liur hoi..tapi muka cover macam tak heran sangat, dalam hati Tuhan je yang tau.

Sebenarnya chicken pox ni tak adalah teruk sangat.Rashes paling banyak pun dekat certain tempat je. Selebihnya, MC 5 hari = HOLIDAY ^0^..dekat rumah bestnya mak tolong sapukan calamine lotion tu bagi mengelakkan gatal, lepas habis MC, balik kolej, tak tau nak suruh sapa sapukan, sebab semua roomates dah tidur awal, maka jadi nya terpaksalah sapu sendiri, terkinja-kinja sampai tumpah habis putih lantai..serius sebak teringat mak :(


Kesimpulannya karangan di atas lama dah tak sakit sampai mak lepas subuh letak tapak tangan rasa dahi kau panas ke tak sambil kejut kau bangun subuh disertai nasihat pendek."nanti tak payah mandi lah,demam ni"
serius tersentuh plus syahdu,kat kolej sapa nak rasa dahi kau panas ke tak?kau sendiri plus 2,3 kawan yang prihatin.

P/S: hargailah emak(parents) kau tak kira ceruk mana pun kau study, sebab kalau sakit, orang pertama kau akan ingat ialah emak..dah jangan nak tipu nak geleng2 pulak.

Masa doktor tanya apa nama lain bagi chicken pox, aku rasa nak nyorok bawah meja doktor tu sambil pura2 tak dengar..ceiit malu je lupa,(tak apa aku kan ada alzheimer) and aku tak makan habis ubat antiviral yang doktor bagi tu,banyak sangat haha..5 kali sehari,kau mampu?


ha telan lah ni 5 kali sehari,ubat muat2 tekak,nyaris tercekik


Tuesday, March 13, 2012

people do judge the book by its cover

last week i spent my off day with one of my beastie,my ex-classmate from kuantan. Actually i had  things to buy so i asked her for accompany for the day. we had chanced to watch this means war which was sooooo awesome and worth for u'r money.

we stay at  klcc until maghrib and before we buy things that i supposed to buy which was shoes for malam assunta as i dont have any pair of heels/wedges to wear with dress(ya ini tipu,actually ada satu which was a crocs wedges). I prefer to wear flat as i'm not comfortable to wear heels thats why i dont have any heels(ok tipu lagi)..

Tapi ini bukan cerita tentang malam assunta or update tentang movie this means war,tapi terasa terpukul dengan situasi yang berlaku di dalam surau sewaktu bersiap untuk solat maghrib.

Sebelum mengambil wudhu' kami(saya dan kawan) terpandangkan seorang ladies yang pakai dress but it's sleeveless usai mengambil wudhu' sedang menuju ke ruang solat, dalam kepala hanya fikir positif maybe akak tu ada pakai cardigan or jacket as an outer fit. Then akak tu pun menuju ke ruang solat untuk solat maghrib, but then terperasan dua orang akak sebelah kami ni menjeling ke arah akak tadi tu and sambil mulut terjuih-juih mengomen baju yang akak tadi tu pakai,yes that dress was a bit sexy as it show her inner wear, sambil tersenyum-senyum and mengomen,akak dua orang ni pandang-pandang akak sexy dress tadi tu.

Wah,dalam surau pun boleh mengata orang ke,akak berdua ni agaknya dah habis solat,Allah pun entah kira ke tak amalan akak berdua tu dah buat "amalan" lain, mengumpat orang.


Lepas wudhu' dah tak nampak akak berdua tadi tu,sedang bersiap-siap nak ke ruang solat,akak pakai dress tadi tu dah nak keluar,which she didn't wear an outer wear as i thought at the first place. before she left she smiled at us and i pray that one day hati dia akan terbuka untuk menutup aurat dengan sempurna.

P/S: kita jangan cepat judge orang berdasarkan luaran dia, yes akak berdua yang mengata sambil mulut terjuih-juih tu memang tutup aurat,tapi sempurna ke x?wallahualam..kita jangan ingat kita dah tutup aurat kita boleh sesuka hati hina orang yang tidak menutup aurat,that is wrong. Semoga Allah membuka pintu hati kami semua,yes and me too untuk lebih sempurna dalam menutup aurat.

Monday, February 20, 2012

ALLAH selamatkan kamu

Alhamdulillah,ALLAH panjangkan umur anda dan juga saya,kalau tak panjang tak ada lah saya menulis di sini dan tidak juga anda membacanya,iye tak?

Sempena bulan februari yang tak berapa nak excite sangat sebab ada test,haisyyy..alhamdulillah 2 orang teman yang boleh dikategorikan rapat menyambut ulangtahun kelahiran mereka,selang seminggu. Tiada suprise yang terlampau suprise cuma azana agak terkejut kerana tak sangka kami menunggu di strawberry field untuk buat suprise ala-ala tahun-tahun lepas(shame on me tak ada idea lain) tapi untuk intan ada suprise yang agak suprise(ayat ulang2,shame on you again)..

Idea suprise ni spontan keluar masa kelas special sense (kantoi berangan), so di aplikasikan setelah kata putus di peroleh selepas perbincangan tidak berjemaah.
Konon-kononnya, hasrat ke Midvalley cuma untuk makan Dominos tetapi di sebalik dalang-dalang yang agak pro berlakon, maka birthday girl terkejut la jugak sebab staf dominos tiba2 bawak kan kek masa kitorang baru nak mukadimah melangsaikan apa yang di atas meja.




Azana,1st birthday girl,bakai2 mak mertua drop ur phone number here kalo berkenan :)
 


2nd birthday girl (girl sangat,boleh jadi mak orang dah) hat ni pon tengah cari mak mertua :)

Monday, January 2, 2012

dua kosong satu dua~~

Berakhirnya tahun 2011,nothing much to say,ketawa,riang,sedih,air mata,kegembiraan,kiri,kanan,atas,bawah,well pretty much better than 2010 mungkin sudah sedikit matang dalam pemikiran..ehem *cough2
tahun 2011 menyaksikan aku cuba berdiri teguh dan berjalan ke depan tanpa toleh ke belakang lagi setelah peristiwa jatuh terduduk tahun 2010.
semoga tahun 2012 membawa lebih keberkatan dan keharmonian dalam hidup aku,kawan2 and family yang paling penting.tahun ni insyaallah akan grad,doakan yang terbaik.


P/S:aku sambut new year kat bilik sorang2 after penat tawaf sogo hehe.Fireworks?naa..bising nak tido lah