Thursday, September 29, 2011

O for orkid

last 2 week aku ada pergi tengok wayang dengan ainor. Last minute plan lepas habis sambutan 50th anniversary dekat kolej ainor ajak keluar tengok wayang dekat klcc. Selalu memang pergi klcc je kalau nak tengok wayang. kalau orang tanya kenapa pergi klcc?kenapa bukan midvalley,sunway,OU,the curve. Jawab aku simple je, "itu je yang aku mampu".

haha,bagi orang yang tak tau,perjalanan ke klcc dari kolej aku adalah antara yang paling jimat kos. So, jawapan itu je yang aku mampu adalah amat relevan sekali,bukan sekali bahkan berkali-kali relevan nya. sampai je kat klcc macam biasa lah sabtu,kena lah beratur lain lah pergi hari orang bekerja(aku memang suka keluar pada hari orang bekerja,tak sesak)..ainor suruh aku decide nak tengok cerita apa,terkejut monyet aku(terkejut monyet lebih sopan dari terkejut beruk ye adik-adik) sebab selalunya dia yang akan decide nak tengok cerita apa.

mungkin akibat terlalu kenyang makan tengahari di kolej sampaikan ainor naik blur cerita apa nak di tonton harini. Aku memang tak suka bab-bab decide ni, sebab aku tak suka bila aku dah decide then last-last cerita tu tak best, orang akan kondem aku,,(peristiwa ini pernah terjadi masa aku decide untuk tengok nur kasih the movie,kawan aku memang tak tengok cerita melayu,muka macam tak puas hati sebab ada adegan yang tak berapa best atau senang cakap tak masuk akal)..

Dalam keterpaksaan sebab cashier tu pun muka dah tak sabar-sabar suruh kitorang decide so aku pun pilih untuk tengok colombiana. sebab apa aku pilih tengok cerita ni? sebab kawan aku cakap cerita ni best,even aku ada joint dia tengok trailer cerita ni sebelum keluar tadi. cuma yang buat aku berat hati tu ialah aku tak pernah dengar nama pelakon dia,Zoe Saldana..huh? siapa?

colombiana ni cerita action killer,kepada sesiapa yang bercita-cita mahu menjadi pembunuh yang pandai dan berjaya sila tonton cerita ini yeahhh.. cataleya ni merukan seorang anak kepada fabio yang pernah bekerja dengan Don louis seorang pengedar dadah. dipendekkan cerita, fabio dan isteri nya telah di bunuh oleh orang kanan Don louis depan mata cataleya sendiri. sebelum fabio mati dia telah bagi cataleya satu cip yang Don louis ni nak sangat-sangat,cip tu adalah pasport bagi cataleya untuk masuk ke amerika sekiranya berlaku apa-apa kepada fabio dan isterinya.

cataleya telah guna cip tu untuk masuk amerika dan dia pergi cari pakcik dia untuk minta perlindungan. tapi dalam masa yang sama cataleya telah menyimpan dendam terhadap Don louis dan dia berhasrat untuk bunuh Don louis masa dia besar nanti. cataleya telah membesar sebagai seorang pembunuh yang licik dan bijak,setipa pembunuhan yang dia lakukan akan ditinggalkan kesan pada badan pembunuh iaitu gambar orkid(cataleya).

rancangannya hanyalah untuk menarik perhatian Don louis tapi dalam masa yang sama dia telah kehilangan pakcik dan emak kepada pakcik dia yang telah di anggap seperti  emak sendiri. cataleya menggunakan kuasa seorang CIA yang telah di ugut untuk menjejaki Don louis. Pengakhiran cerita yang hidup hanyalah cataleya dan boyfriend nya sahaja. Macam mana cataleya yang licik boleh jatuh kantoi di tangan CIA? dan siapa pulak boyfriend cataleya ni?

apa kata korang pergi tonton sendiri. aku tak rasa kat panggung ada lagi atau tak cerita ni. tapi kalau masih ada korang kena pergi tengok sebab bagi aku tak rugi untuk belanja sikit tengok cerita macam ni.lain lah belanja untuk tengok cerita hantu bonceng motosikal(bagi aku sangat mengarut walaupun aku minat pelakon dia,maybe sebab aku tengok sorang-sorang so tak best sangat kot)...

P/S:zoe saldana ni HOT~~aku akan tengok lagi movie-movie dia berlakon lepas ni.

No comments:

Post a Comment