Sunday, June 23, 2013

haze vs smoker vs vehicles

Bismillahirrahmanirrahim..

Topik yang paling hot sekarang ni adalah jerebu,
bukak akaun twitter ke facebook ke semua orang cerita pasal jerebu,
kawasan paling teruk terjejas setakat ni adalah johor dan melaka.
Ingatkan KL dengan PJ x akan kena,tengok2 semalam dekat area kondo millenium square tu dah kabur dengan jerebu,tapi petang tu pergi masjid jamek x ada pulak,maybe petang dah x nampak sangat.

Pagi tadi bangun,area bukit jalil pon dah jerebu,berkabus,macam cameron/genting highland pun ada jugak tapi yang ni kabus yang x sejuk heee..
Stadium bukit jalil pon dah x nampak sangat pagi tadi,final piala FA sabtu ni macam mana lah ye,
penyokong kelantan dengan JDT kena pakai mask la masuk stadium x pon cover hidung dengan mulut pakai mafla hehe..

So,dalam keadaan yang berjerebu ni,di nasihatkan supaya duduk je kat rumah,minum air masak yang banyak, kurangkan aktiviti sukan di luar rumah and kalau terpaksa keluar jugak pakai penutup hidung (mask)




Latest Info:
-bacaan IPU di Seremban mencatatkan 104, Port Dickson (186) dan di Nilai (101).

-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.-sumber:kosmo

P/S: esok kalau pj pun isytihar darurat,x yah lah pergi kerja,OT tutup,case semua postpone :D


No comments:

Post a Comment