Wednesday, October 12, 2011

tears and cupcake on mak's birthday

Last 3 days adalah birthday emak.Berhempas pulas fikir apa yang patut aku bagi sempena birthday emak tahun ni.Asyik bagi kek je tiap tahun,tahun ni konon nak buat lain sikit,lain dari yang lain.Memandangkan aku tak pernah cuba buat kek sendiri dekat rumah,so konon kali ni nak buat untuk mak,special untuk mak.Aku memang tak pandai sangat bab masak-masak ni,kalau dengan abang pun boleh kalah kot,yelah abang lah yang start ajar aku masak masa kecik-kecik dulu.

Pergi MPH konon nak carikan mak buku sebagai hadiah,last-last sendiri yang pening tak tau nak beli buku apa.Aku pegang buku masakan tapi mak suka ke?. Aku pegang pulak buku cara kreatif menanam bunga dalam pasu,aku letak jugak balik.Last sekali aku ambil buku Tuhan terimalah aku.Aku decide nak bagi mak buku tu walaupun dalam buku tu penuh cerita yang orang boleh dapat dalam majalah wanita je,kira kompilasi lah.

Buku dah jumpa,sekarang resipi cake pulak,tak kan nak mintak resepi dekat mak,tak best lah nati.Aku korek resipi dekat internet,walaupun resipi kat internet bukan semua boleh pakai.Aku ajak jidah teman beli kelengkapan cake dekat old town.Sampai kat kedai aku jumpa cupcake segera.Muahaha senang kerja aku sebab cupcake tu cuma perlu tambah telur,dan siaaaaappp....

Balik rumah aku cakap dekat adik aku yang bongsu esok kita buat cupcake untuk birthday emak. Pendek cerita esok nya aku buat lah cup cake tu. Dalam hati tak berhenti-henti doa yang moga-moga jadilah cupcake segera aku ni. kalau tak.....T__T

Bila dah siap,cupcake tu naik dan menggebu dan mengembang dan segala macam dan lah dalam oven,aku happy,happy tau tak happy....adik aku lagilah happy,e'eh sibuk,lupa pulak usaha bersama,tamak haloba
Aku start buat icing,part buat icing ni yang nak nangis,aku terlebih bubuh ayaq Ya Allah,,habis cayaq icing aku,cayaq hang tau dak???..

Bila letak atas cupcake dah jadi macam selebet,selekeh,serabai,sememeh habis...huhuhu,,
Tapi aku try jugak tulis H,A,P,Y B.U.F.D.A....Y tak ada adik aku musnahkan dengan huruf Y yang dia buat..tapi mak nampak terharu tapi mak tak tunjuk sangat.

Highlight nya,masa mak hantar aku balik kat k.pilah,mak peluk aku macam biasa lah,tapi kali ni lama sikit sambil mak cakap terima kasih buatkan cupcake tu.Aku sebak tak toleh dah lambai pon tak hahaha..

Esok nya,mak message aku dan ucap terima kasih lagi dan cakap dia terharu sangat,padahal aku rasa loser sebab ising aku tak jadi,..aku tak loser di mata emak itu yang aku tau,,ok stop sampai sini,tisu aku dah habis sekotak..


the icing should turn like those in the picture but,,it turn like this
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PICTURE NOT AVAILABLE


 P/S:I know i'm not ur best child mak,but i'll try to make u proud one day :)...tahun depan beli kek siap je,senang+mudah+pantas+tuntas

No comments:

Post a Comment