Friday, December 2, 2011

kerana aku berTuhan

Semenjak aku belajar di kolej yang minoriti penduduknya adalah orang Islam,bermacam persoalan dan jawapan yang aku pernah jumpa,tentang agama aku dan agama kawan aku yang kadang-kadang tak pernah terlintas di fikiran.

yelah,dari kecil aku membesar di sekolah yang majoriti nya adalah orang Islam yakni melayu lah,tapi persepsi aku tentang agama Islam semakin berubah bila banyak persoalan dari kawan yang bukan Islam tentang agamaku.Alhamdulillah,aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam.

sebagai mana kita pernah terfikir mengapa dewa/tuhan orang hindu adalah lembu,sebegitu juga mereka mempersoalkan mengapa kita perlu solat 5 waktu..pertama kali di ajukan soalan sebegitu aku akui sedikit terkedu.

aku tergerak hati untuk menulis kerana peristiwa ni menggerakkan hati aku untuk lebih mendalami Islam..bukan sekali,bahkan berkali-kali,tapi ni yang paling latest ditanya..

Situasi 1
aku: kejap lagi I nak pergi solat sekejap ey,U ok kan,lagipun kerja dah siap
kawan: sembahyang?buat apa sembahyang?(dalam nada bergurau)
aku:................................................setelah terdiam sejenak,sebab I ada tuhan
kawan: wow(terdiam)

Situasi 2
kawan: balik ni I nak tidur the whole day sampai pukul 6.30,penat lah
aku: I pun,tapi I selalu bangun sekejap pukul 1,solat,makan sikit pastu tidur semula
kawan: sembahyang,sembahyang,sembahyang,tak payah sembahyang lah
aku: (kesabaran makin menipis)
kawan: haha...I gurau je,jangan marah,kenapa kena sembahyang 5 waktu ey?tak payah sembahyang lah
aku: syaitan ni,syuh..(aku tepuk kawan aku dengan kuat..haha,)

P/S: ilmu agama aku memang tak sebanyak alim ulama yang mampu menjawab soalan orang-orang bukan islam seperti di atas,,insyaallah ilmu harini lebiih banyak dari ilmu hari semalam :)

2 comments:

  1. yup kerana kt bertuhan...len kali kalo kawan tu tanye lg ko ajak die semayg skali...heehehehw

    ReplyDelete
  2. haha,jgn main2
    kwan2 aq kat sini sebut apa yg dorg xpandai
    dri beri salam sampai istighfar,lmbut lidah hbis~~

    ReplyDelete