Friday, December 23, 2011

resepi bonda:kuih kasui

first time nak tulis entry pasal masak-memasak ni,
harap-harap betul lah resepi mak ni,hehe..sebab kali ni aku terlibat secara langsung untuk menjayakan resepi ni,eceh bunyi nak grand saja.
mak cakap dia nak buat sebab aku suka makan (touching sekejap)..so 1/2 dari bekas kuih kasui tu ada dalam perut aku,hehe..

Bahan A
1)gula pasir 1 cawan
2)gula merah setengah biji (biji?apa-apa lah)
3)gula perang 2-3 keratan kecil (untuk memberi warna kepada kuih)

Bahan B
1)2 cawan tepung gandum
2)3/4 cawan tepung ubi (untuk memastikan kuih berasa kenyal,suka lagi kenyal boleh tambah)
3)air masak 4 cawan
4)sedikit kapur makan (bukan kapur tulis ye)

Cara-caranya:
1)masukkan gula merah dan gula perang ke dalam bekas dan masak di atas api yang sederhana,sesudah cair masukkan gula pasir dan pastikan ianya cair dan sebati bersama gula merah dan perang tadi.
2)masukkan tepung gandum,dan tepung ubi ke dalam bekas,gaul sebati dan masukkan satu cawan air
3)setelah Bahan A cair tapis dan masukkan ke dalam bekas Bahan B (tapis amat diperlukan kerana biasanya di dalam gula merah dan perang akan mengandungi bendasing)
4)gaul sebati dan masukkan lagi 3 cawan air dan juga sedikit kapur makan
5)untuk memastikan bahan campuran B dan A adalah sempurna,blender campuran tersebut untuk menghaluskan tepung yang berketul.
6) masukkan campuran yang sudah diblender ke dalam bekas(loyang) yang sesuai
7)kukus di dalam pengukus di bawah api yang sederhana selama 30 minit
8)setelah siap dikukus sejukkan sementara dan bolehlah dipotong dan digaul bersama kelapa parut.

                                  real picture x sempat ambik,sebab ingat nak makan je hehe..

P/S:terima kasih mak :)

No comments:

Post a Comment